Sunday 21 August 2016

MERTUA vs MENANTU

Assalamualaikum.
.
Terlalu lama menyepi tanpa sebarang coretan.
Rindu bertandang mengetuk hati untuk terus berkarya.
Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur.
.
Ayat berpuitis pula aku bagi kali ni sebagai pembuka bicara. Hahaha. Maaf lama menyepi.
Kali ni aku nak story pasal "Mertua vs Menantu". Bukan drama ataupun lakonan. Sekadar pinjaman tajuk untuk aku bercerita dari hati.
.
Kebanyakkan mereka yang membaca ni sudah berdiri rumah tangga kan? Mana yang belum, boleh jadikan inspirasi. InsyaAllah. Aku bercerita ni ada berkaintan dengan diri aku. So aku cerita bagi mereka diluar sana harap dapat membuka mata, hati & jiwa.
.
Kita berkahwin dengan seseorang dasar cinta & jodoh. Ingat, kita berkahwin dengan pasangan kita bukan bermakna kita berkahwin dengan dia saja. Kita berkahwin dengan family dia sekali. Ingat tu. Sebab kebanyakkan aku lihat dengan pasangan punya baik, sweet macam gula. Tapi dengan keluarga mertua, hipokrik. Depan baik, belakang mengata. Baik lelaki mahupun perempuan. Tak baik gitu. Sebab orang cakap, bila kita berbuat sesuatu yang tak baik pada keluarga kita atau mertua, anak dan menantu kita nanti pasti buat macam tu juga. Nak ke? So sebelum jadi hipokrik, lebih baik fikir masa akan datang apa akan jadi. Bak kata peribahasa orang putih, "What you give, you get back!".
.
Cerita aku.
Family mertua aku memang baik sangat. Walaupun aku dengam suami aku kenal tak lama then terus nak kahwin, mereka tetap terima aku seadanya. Terima kasih. Biras aku pun, alhamdulillah okay.
Setiap manusia ada juga melakukan kesilapan. Berkecil hati, tersinggung perasaan pasti ada. Itu lah masam manis kehidupan.
.
Aku jenis yang sukar komunikasi secara mesra. Bila dah betul-betul rapat dengan seseorang baru aku berkomunikasi tanpa sempadan. Mungkin disebab itu aku jadi seperti ini. Permulaan perkahwinan aku cuba try biasakan diri dengan family mertua aku. Tapi aku gagal. Macam-macam fikiran negatif bermain diminda aku. Kadang-kadang nak balik jumpa mertua pun aku berat. Tapi rindu sebenarnya. Nasib baik suami memahami & memberi kata semangat.
.
Bila balik rumah mertua pasti aku terfikir, "Lepas ni apa aktiviti aku nak buat?". Mesti ada masa free aku ajak suami aku pergi jalan-jalan tanpa mertua aku. Bila malam, pasti aku orang yang paling awal masuk bilik. Jahat sungguh aku. Maafkan menantumu mak abah.
.
Tapi itu dulu. Amik masa yang lama juga lah aku nak sesuaikan diri & buang segala negatif. Alhamdulillah. Selama 1tahun lebih aku berkahwin, baru aku punyai semangat lain untuk keluarga mertua aku. Sekarang aku dah anggap seperti family aku sendiri, aku dah boleh biasa dengan mereka. Segala negatif aku dah buang jauh-jauh. Senang kata aku dah dapat layan family mertua aku seperti family aku sendiri. Bila perasaan itu hadir, aku rasa aku lah juara yang berjaya mengawal emosi & aura negatif. Alhamdulillah. Minta jauh lah benda ni terjadi lagi pada aku mahupun anak-anak dan menantu aku nanti.
.
Sebenarnya, family mertua kita okay jer dengan kita. Mungkin sesetengah saja yang agar cerewet mengenai menantu. Mereka juga ingin menumpang kasih sayang kita selepas anak dia kita nikahi. Ingat tu.
.
So pada menantu semua diluar sana, jangan hipokrik depan baik belakang mengata.
Dan buat mertua semua, jangan terlalu berkeras dengan menantu kita. Bagi dia ruang untuk dia kenali keluarga mertua dia.
.
Aku harap sangat korang yang baca ni dapat sedikit ilmu daripada perÄ·ongsian aku ni.
Maaf kepada yang terasa.
.
Yang menyanyagi suami, anak, family kandung & family nertua:
kakFa

Tuesday 29 December 2015

Permulaan, Bukan Pengakhiran


Assalamualaikum


Biar gambar berbicara. Cewahh!! Hahaha.
Yurp aku akan berhenti kerja. Happy rasa sebab bukan senang suami aku bagi aku berhenti kerja. Yelah disebabkan kegawatan ekonomi sekarang ni.

Ada beberapa sebab aku berhenti kerja. Sebab utamanya ialah aku nak jaga anak aku yang sekarang berusia 105 hari. Sebab lain ialah bila gaji aku dapat just habis bayar hutang saja, suami aku sarankan baik berhenti. Boleh jaga anak sendiri. Ada masa untuk anak sulung aku. 

Mula-mula nak berhenti itu memang takut lah, tapi bila fikir balik. Lebih baik aku ada masa dengan anak daripada ada duit banyak tapi tiada masa dengan anak. Aku percaya rezeki Allah itu luas. Bila kita berusaha, Allah akan tolong kita. So aku cuba fikir positif. Dan aku juga cuba positifkan suami aku. Aku tahu, dia sebenarnya takut tak dapat beri apa yang aku nak. Tapi aku ada baca dalam satu artikel, Isteri dia berhenti kerja untuk jaga anak walaupun gaji dia lebih tinggi dari suami dia. Tapi perjalanan hidup dia lebih rasa sempurna daripada sebelum ini. Dia ada cakap, bila Allah dah bagitahu yang mencari nafkah adalah tanggungjawab suami, so Allah murahkan rezeki mereka. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan aku dan murahkan rezeki aku sekeluarga. Aminn


Aku pun ada pendapatan sampingan juga. Aku buat jualan untuk gift untuk diri sendiri, untuk keluarga, kawan-kawan, perkahwinan dan macam-macam lagi. Nak tahu apa? Jom singgah ke IG kami #nufaelstudio atau FB kami NufaelStudioOfficial . Bila korang dah tengok FB / IG kami, confirm suka punya. Jangan malu-malu.

Okay lah. Actually aku last kerja 29/01/2016.
Doakan semoga urusan aku dipermudahkan dan aku dimurahkan rezeki. Amin

B Y E !
Love, FA ♥

Monday 28 December 2015

Bila Sudah Bertukar Status

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama diri ini tak coretkan cerita dalam laman blog ini. Sekarang datang kembali. Rindu gamaknya. Hahaha

Untuk pengetahuan korang, aku selamat melahirkan seorang baby boy pada 15/09/2015. Alhamdulillah, sekarang bergelar ummi & bertambahlah tanggungjawab. Itu anak sulung saya. Nak tengok wajah anak sulung aku tu, silalah rajin-rajin ke lama Instagram aku @farahannaty. So, pada yang berkenan pada anak sulung aku,boleh lah isi borang. Nanti anak sulung aku dah sampai jodoh dia, aku suruh dia pilih lah yer. Hahaha. Opps lupa, nama anak sulung aku " MUHAMMAD NAUFAL NUFAEL". Jangan tanya kenapa panjang bebenor namanya, anak korang pun sama juga panjang kan nama nya. Hahaha

Actually, aku nak bercerita pasal perubahan aku selepas bergelar seorang Ummi kepada seoarang anak lelaki. Nak mula dari mana yer? Hmm.. Aku mula dari tanggungjawab la yer.

Sebelum tu, aku nak pesan pada mak-bapak zaman sekarang ni. Korang jangan lah nak marah sangat pada anak perempuan yang malas nak memasak ke, yang lambat bangun pagi ke. Nak marah boleh, tapi jangan selalu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab perempuan bila dah kahwin, secara automatik dia akan menjadi rajin. Dia akan automatik bangun seawal pagi. Tapi si anak tu jangan lah bila mak bapak korang marah, koramg cakap macam ni, sebab tak semua anak-anak macam ni. Hahaha. Tapi aku, secara automatik akan jadi rajin bila dah kahwin. Mungkin sebab fikir bila kita buat baik dengan suami kita, hidup kita mudah. Sebab syurga seorang isteri terletak pada kaki suami. Tapi semuanya bergantung pada niat.

Ke duanya, aku nak share pasal penyusuan kepada seorang anak. Tak kiralah berapa orang anak pun. Jujur aku cakap, aku sedih bila tak dapat fully breastfeeding pada anak sulung aku tu. Dari mula pregnant, aku dah berazam untuk fully breastfeeding untuk anak-anak aku. Tapi aturan Allah yang terbaik. Aku dapat breastfeeding sekejapjer anak aku, lepas tu susu berkurangan. Sedih kot. Sekarang aku terpaksa campur dengan susu formula. Korang yang kat luar sana jangan marah orang campur susu pada anak mereka, sebab mereka yang campur susu pun pening memikirkan susu apa yang nak bagi anak dieorang taw. Tak semua baby sesuai dengan semua susu, so ibu bapa kena pilih. Tak ke pening bila baby tak sesuai dengan satu susu then terpaksa cari susu lain. So korang jangan nak kondem sangat okay. Aku pernah kena kondem atau dibeza-bezakan atas sebab aku bagi susu campur dekat anak aku. Aku nak jer cakap, "kau tak kena macam aku, boleh lah cakap!!".

Alhamdulillah, anak aku tak memilih susu. Walaupun Allah tak bagi aku peluang fullybreastfeeding pada anak sulung aku, tapi anak aku tak pernah menyusahkan aku. Alhamdulillah. Kita tak dapat sesuatu, Allah gantikan kita dengan sesuatu. Terima kasih Allah.

Sebenarnya banyak dan terlampau banyak tanggungjawab menjadi seorang isteri dan ummi. Tapi bila korang sendiri merasai menjadi isteri dan ummi, korang akan tahu tanggungjawab itu, Dan dengan ikhlas kau akan menjalankan tanggungjawab itu. Semoga dengan keiklhasan kita menjalankan tanggungjawab, Allah memberi kita seribu kebaikan didunia dan akhirat. InsyaAllah, Aminn.

Next time aku sambung lagi. BYE...
Love, FA ♥