Monday 28 December 2015

Bila Sudah Bertukar Status

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama diri ini tak coretkan cerita dalam laman blog ini. Sekarang datang kembali. Rindu gamaknya. Hahaha

Untuk pengetahuan korang, aku selamat melahirkan seorang baby boy pada 15/09/2015. Alhamdulillah, sekarang bergelar ummi & bertambahlah tanggungjawab. Itu anak sulung saya. Nak tengok wajah anak sulung aku tu, silalah rajin-rajin ke lama Instagram aku @farahannaty. So, pada yang berkenan pada anak sulung aku,boleh lah isi borang. Nanti anak sulung aku dah sampai jodoh dia, aku suruh dia pilih lah yer. Hahaha. Opps lupa, nama anak sulung aku " MUHAMMAD NAUFAL NUFAEL". Jangan tanya kenapa panjang bebenor namanya, anak korang pun sama juga panjang kan nama nya. Hahaha

Actually, aku nak bercerita pasal perubahan aku selepas bergelar seorang Ummi kepada seoarang anak lelaki. Nak mula dari mana yer? Hmm.. Aku mula dari tanggungjawab la yer.

Sebelum tu, aku nak pesan pada mak-bapak zaman sekarang ni. Korang jangan lah nak marah sangat pada anak perempuan yang malas nak memasak ke, yang lambat bangun pagi ke. Nak marah boleh, tapi jangan selalu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab perempuan bila dah kahwin, secara automatik dia akan menjadi rajin. Dia akan automatik bangun seawal pagi. Tapi si anak tu jangan lah bila mak bapak korang marah, koramg cakap macam ni, sebab tak semua anak-anak macam ni. Hahaha. Tapi aku, secara automatik akan jadi rajin bila dah kahwin. Mungkin sebab fikir bila kita buat baik dengan suami kita, hidup kita mudah. Sebab syurga seorang isteri terletak pada kaki suami. Tapi semuanya bergantung pada niat.

Ke duanya, aku nak share pasal penyusuan kepada seorang anak. Tak kiralah berapa orang anak pun. Jujur aku cakap, aku sedih bila tak dapat fully breastfeeding pada anak sulung aku tu. Dari mula pregnant, aku dah berazam untuk fully breastfeeding untuk anak-anak aku. Tapi aturan Allah yang terbaik. Aku dapat breastfeeding sekejapjer anak aku, lepas tu susu berkurangan. Sedih kot. Sekarang aku terpaksa campur dengan susu formula. Korang yang kat luar sana jangan marah orang campur susu pada anak mereka, sebab mereka yang campur susu pun pening memikirkan susu apa yang nak bagi anak dieorang taw. Tak semua baby sesuai dengan semua susu, so ibu bapa kena pilih. Tak ke pening bila baby tak sesuai dengan satu susu then terpaksa cari susu lain. So korang jangan nak kondem sangat okay. Aku pernah kena kondem atau dibeza-bezakan atas sebab aku bagi susu campur dekat anak aku. Aku nak jer cakap, "kau tak kena macam aku, boleh lah cakap!!".

Alhamdulillah, anak aku tak memilih susu. Walaupun Allah tak bagi aku peluang fullybreastfeeding pada anak sulung aku, tapi anak aku tak pernah menyusahkan aku. Alhamdulillah. Kita tak dapat sesuatu, Allah gantikan kita dengan sesuatu. Terima kasih Allah.

Sebenarnya banyak dan terlampau banyak tanggungjawab menjadi seorang isteri dan ummi. Tapi bila korang sendiri merasai menjadi isteri dan ummi, korang akan tahu tanggungjawab itu, Dan dengan ikhlas kau akan menjalankan tanggungjawab itu. Semoga dengan keiklhasan kita menjalankan tanggungjawab, Allah memberi kita seribu kebaikan didunia dan akhirat. InsyaAllah, Aminn.

Next time aku sambung lagi. BYE...
Love, FA ♥

No comments :