Sunday 21 August 2016

MERTUA vs MENANTU

Assalamualaikum.
.
Terlalu lama menyepi tanpa sebarang coretan.
Rindu bertandang mengetuk hati untuk terus berkarya.
Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur.
.
Ayat berpuitis pula aku bagi kali ni sebagai pembuka bicara. Hahaha. Maaf lama menyepi.
Kali ni aku nak story pasal "Mertua vs Menantu". Bukan drama ataupun lakonan. Sekadar pinjaman tajuk untuk aku bercerita dari hati.
.
Kebanyakkan mereka yang membaca ni sudah berdiri rumah tangga kan? Mana yang belum, boleh jadikan inspirasi. InsyaAllah. Aku bercerita ni ada berkaintan dengan diri aku. So aku cerita bagi mereka diluar sana harap dapat membuka mata, hati & jiwa.
.
Kita berkahwin dengan seseorang dasar cinta & jodoh. Ingat, kita berkahwin dengan pasangan kita bukan bermakna kita berkahwin dengan dia saja. Kita berkahwin dengan family dia sekali. Ingat tu. Sebab kebanyakkan aku lihat dengan pasangan punya baik, sweet macam gula. Tapi dengan keluarga mertua, hipokrik. Depan baik, belakang mengata. Baik lelaki mahupun perempuan. Tak baik gitu. Sebab orang cakap, bila kita berbuat sesuatu yang tak baik pada keluarga kita atau mertua, anak dan menantu kita nanti pasti buat macam tu juga. Nak ke? So sebelum jadi hipokrik, lebih baik fikir masa akan datang apa akan jadi. Bak kata peribahasa orang putih, "What you give, you get back!".
.
Cerita aku.
Family mertua aku memang baik sangat. Walaupun aku dengam suami aku kenal tak lama then terus nak kahwin, mereka tetap terima aku seadanya. Terima kasih. Biras aku pun, alhamdulillah okay.
Setiap manusia ada juga melakukan kesilapan. Berkecil hati, tersinggung perasaan pasti ada. Itu lah masam manis kehidupan.
.
Aku jenis yang sukar komunikasi secara mesra. Bila dah betul-betul rapat dengan seseorang baru aku berkomunikasi tanpa sempadan. Mungkin disebab itu aku jadi seperti ini. Permulaan perkahwinan aku cuba try biasakan diri dengan family mertua aku. Tapi aku gagal. Macam-macam fikiran negatif bermain diminda aku. Kadang-kadang nak balik jumpa mertua pun aku berat. Tapi rindu sebenarnya. Nasib baik suami memahami & memberi kata semangat.
.
Bila balik rumah mertua pasti aku terfikir, "Lepas ni apa aktiviti aku nak buat?". Mesti ada masa free aku ajak suami aku pergi jalan-jalan tanpa mertua aku. Bila malam, pasti aku orang yang paling awal masuk bilik. Jahat sungguh aku. Maafkan menantumu mak abah.
.
Tapi itu dulu. Amik masa yang lama juga lah aku nak sesuaikan diri & buang segala negatif. Alhamdulillah. Selama 1tahun lebih aku berkahwin, baru aku punyai semangat lain untuk keluarga mertua aku. Sekarang aku dah anggap seperti family aku sendiri, aku dah boleh biasa dengan mereka. Segala negatif aku dah buang jauh-jauh. Senang kata aku dah dapat layan family mertua aku seperti family aku sendiri. Bila perasaan itu hadir, aku rasa aku lah juara yang berjaya mengawal emosi & aura negatif. Alhamdulillah. Minta jauh lah benda ni terjadi lagi pada aku mahupun anak-anak dan menantu aku nanti.
.
Sebenarnya, family mertua kita okay jer dengan kita. Mungkin sesetengah saja yang agar cerewet mengenai menantu. Mereka juga ingin menumpang kasih sayang kita selepas anak dia kita nikahi. Ingat tu.
.
So pada menantu semua diluar sana, jangan hipokrik depan baik belakang mengata.
Dan buat mertua semua, jangan terlalu berkeras dengan menantu kita. Bagi dia ruang untuk dia kenali keluarga mertua dia.
.
Aku harap sangat korang yang baca ni dapat sedikit ilmu daripada perÄ·ongsian aku ni.
Maaf kepada yang terasa.
.
Yang menyanyagi suami, anak, family kandung & family nertua:
kakFa

1 comment :

eha ehut said...

assalamualaikum..sudilah ziarah blog saya https://dataraninfo.blogspot.my/