Saturday 6 June 2015

Farysha Turn Six

Assalamualaikum♡♡

Hari ni cheq nak story sikit pasal #faryshaturn6.. Farysha tu ialah adik bongsuku. "NUR FARYSHA ALEEYA BINTI JAHARUDDIN".

13.Mei.2015
Aku cadang dengan family aku untuk adakan birthday adik bongsuku pada hari sabtu (30/5/2015) disebabkan hal-hal tertentu.. Hal nya ialah,

  • Birthday adik bongsuku jatuh pada hari puasa yang ke dua (2) iaitu 19/06/2015.
  • Adek aku lepasan SPM akan sambung belajar di UiTM Segamat pada 02/06/2015.
So adik bongsuku tu nak buat birthday awal sebelum hari puasa dan dia tak nak buat dekat sekolah dan disebabkan nak pastikan semua adik beradik ada time birthday party dia, aku cadang buat hari sabtu hujung bulan iaitu pada 30/05/2015. Alhamdulillah, atas persetujuan bersama satu keluarga, maka terjadilah bithday party untuk adik bongsuku..

30.Mei.2015
Majlis birthday party #faryshaturn6 berjalan seperti yang dirancang.. Alhamdulillah, semua adik beradik aku berkumpul walaupun abang aku & kakak ipar serta anak mereka tak dapat turut serta atas sebab tertentu, tapi majlis tetap berjalan dengan sempurna.. Terima kasih kepada yang sudi hadir, yang sudi memberi hadiah kepada si bongsu ku.. Alhamdulillah..

Si bongsu kurang happy waktu tu disebabkan kawan sekolah di atak dapat hadir.. Maybe ramai yang balik kampung.. Yelah, waktu tu dah start cuti sekolah pertengahan tahun selama dua (2) minggu, so mesti tak dapat hadir.. Tapi takpe, yang penting dia dapat banyak hadiah..

Masakan semua ibu aku yang masak, yang pasti sangat sedap.. Ada bihun goreng, laksam, buah tembikai, air oren.. Alhamdulillah, dapat kongsi rezeki kepada mereka yang hadir.. Terima kasih ibu..

Aku tak nak cakap banyak, just lihatlah gambar yang aku share.. Terima kasih sekali lagi..







#faryshaturn6

Love, FA♥

No comments :