Thursday 28 May 2015

Check-up

Assalamualaikum ♡♡

Aku nak bercerita tentang waktu check up kandungan aku. Alhamdulillah, pada 05.Mei.2015 aku pergi check up untuk kesekian kalinya.. Waktu check up tu, kandungan aku dan berusia 5 bulan. Alhamdulillah.

Check up kali ini berlainan sikit dengan check up sebelumnya.. Kali ini aku dapat dengar denjutan jantung anak aku..Alhamdulillah, bersyukur aku anak aku dalam keadaan sihat. Tapi kali ini berat ku naik mendadak.. Dari 45kg ke 48 kg.. Naik 3 kg.. Nurse mula bising, biasalah kan.. Hehehee.

Dalam masa 5 bulan, berat badan aku dah naik 6 kg.. Fuhh!! Nak turunkan nanti, payah..First time pregnant, aku punya selera macam apa dah..macam gajah dah.. Hahaha. Akibat daripada lebihan berat badan, aku telah tercalon antara orang yang perlu minum dan test air gula..Benda alah ni lah yang paling aku takut sekali time pregnant..

Aku pergi lah test air gula.. Tapi sebelum kita pergi minum air gula, malam tu kena start puasa dan jangan makan apa-apa.. Kalau tak silap dari pembacaan aku, kena start puasa dari 12.00am.. Pagi-pagi tu aku minum air gula dengan perut kosong.. Tapi sebelum aku minum air gula, aku kena check tekanan darah dulu.. Lepas amik tekanan darah, kena pula tunggu giliran untuk ke bilik pemeriksaan bagi minum air gula.. Maklumlah, KKM yang aku pergi ni, satu bilik untuk semua.. Sebelum kena minum air gula tu, aku kena amik darah.. Fuhh!! Banyak gila kota dia amik darah.. Lepas amik darah, baru nurse suruh aku minum air gula tu..Aku punya gagahkan diri untuk minum air gula yang telah disediakan oleh nurse.. Nurse tu sediakan satu (1) mug dula yang kaw-kaw punya manis, punya pekat, suam-suam panas.. Aku minumn slow-slow, manis gila!!! Wuuu.. Kawan office ada pesan, kalau minum air gula minum biar dia tengah suam, jangan tunggu sejuk dan minum teguk sekali gus, tak yah nak minum sikit-sikit.. Jangan buat macam air yang selalu kita minum, sebab nanti akan loya tekak.. So aku ikut lah panduan dieorang...

Lepas habis minum air gula, nurse cakap jangan muntah sebab kalau muntah kena minum air gula semula.. Then aku kena puasa lagi selama dua (2) jam lagi, sebelum result di ambil.. Aku berdiri dan berjalan keluar untuk pergi ke suami aku.. Masa tu kepala aku dah pening-pening, tekak dah loya.. Tengah aku menahan semua tu, suami aku sempat tanya aku lagi.

Husband : Minum air gula terus ae? Macam mana best tak?
Me : Senyap *Geleng kepala sambil muncungkan mulut

Sementara tunggu dua (2) jam lagi, aku pergi teman suami aku breakfast.. Maklumlah, pagi tadi aku tak buatkan dia sarapan.. Hahaa.. Ampunn yaa.. Masa aku teman dia makan, aku dah pening-pening, loya tekak macam nak muntah.. Nasib baik aku dapat tahan.. Lepas dua (2) jam, aku pergi semula ke KKM untuk amik darah.. Nurse tu cucuk tangan aku dan amik darah.. Nasib baik, tangan yang lain.. Sakit woii!! Then nurse tu boleh suruh aku balik.. Dia cakap, result akan tahu next check up, iaitu dua (2) minggu dari tarikh tu..

Selepas dua (2) minggu, aku pergi check up, then result minum air gula tu keluar.. Alhamdulillah, aku tak ada apa-apa sebaranf penyakit.. Tapi mase check up tu, berat badan aku still naik.. Nurse suruh aku control makan, sebab dia cakap kalau berat naik lagi, kemungkinan aku akan minum air gula lagi.. Dannnn nurse cakap, selalunya orang pregnant ni akan minum air gula sebanyak 3 kali.. Tidakkk!!!

*Test air gula ni kalau sape tak tau, untuk kesan GDM (gestational diabetis melitus) during pregnancy.Takpun senang cite, untuk kesan gula tinggi dalam darah yang hanya ada dalam waktu pregnant sahaja.After deliver, biasanya dah takde GDM ni. Yang ni info sikit2 aku tau lah. Kalau salah, tolong betulkan.haha!

Itu jelah kali ni.. Jumpa lagi, InsyaAllah.. Sekian

Love, FA♥

No comments :