Tuesday 21 April 2015

Degilnya Seorang Wanita

Assalamualaikum ♡♡

Orang perempuan tak reti serik,
Dah tahu morning sickness tu teruk,
Masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik,
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang,
Masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik,
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur,
Masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik,
Dah tahu kulit nanti pecah-pecah sebab stretchmark,
Masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik,
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati,
Masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik,
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin,
Masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik,
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang,
Masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik,
Dah tahu malam tak boleh tidur dengan lena dan aman bila ada anak kecik yang menyusu,
Masih lagi nak mengandung.

Tetapi itulah orang perempuan.
Kalau Allah selitkan rasa "SERIK" dalam hati orang perempuan,
Maka tak bertambahlah umat manusia dan semakin ramailah isteri nusyuz kepada suami.

Kepada para SUAMI yang budiman,
Kalau sekali sekali isteri tersayang anda menyakiti hati,
Maafkanlah dia, sebab oarang perempuan memang "degil".

Love, FA♥

No comments :