Monday 15 December 2014

Majlis Sambut Menantu

Assalamualaikum ♡♡

29.November.2014
Majlis sambut menantu pula di jalankan di Sikamat Seremban, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Selesai semua majlis, hujan rahmat turun membasahi bumi.

Terima kasih buat keluarga suami sebab menjalankan majlis ini dengan meriah. Terima kasih keluargaku datang dari jauh bagi meraikan majlis anakmu ini. Tema majlis sambut menantu ini ada warna favourite aku iaitu warna merah. Terima kasih suamiku sebab merealisasikan keinginan isterimu ini. Dari dulu aku berangan nak kahwin warna merah. Mula-mula tak jadi nak buat warna merah, sebab aku takut gelap bila suami aku pakai. Upppsss. Tapi suami aku jenis tak kisah, so apa lagi, aku pilih warna merah.

Di bawah ini aku tunjuk sedikit gambar untuk tatapan korang.
Bersama Ibu & Ayah aku.

Bersama saudara ku dari Mersing.

Sebahagian saudara sebelah suami aku.

Sepupu suami. Kakcha (tudung kelabu), Tiemah (tudung hitam). Ketinggian dieorg kalahkan aku. Kakcha baru form 2. Aduyai. Haha

Mereka officemate aku dari Melaka. Tq :)

Kawan suami aku dari zaman sekolah dia.

Mereka semua kawan adek ipar aku. Sempoiii.

Add caption
Kek perkahwinan kami. Sejujurnya aku makan sikit jer kek ni, itu pun suami aku yang suapkan. Nasib aku bukan penggemar kek. Haha.

Pelamin kami dari...
Terima kasih kak Shu. Cantik sangat.

Itu saja gambar yang aku kasi tengok. Selebihnya boleh follow instagram aku "farahannaty". Maaf aku tak letak gambar family aku, ada sebab-sebab tertentu. Maaf yer. Btw, terima kasih untuk semua. Syukur Ya Allah.

Gambar terakhir dari kami suami isteri. Doakan yang baik-baik untuk perhubungan kami yer. Doakan juga kami dapat anak cepat dan ramai. Aminn.

#ashrifarahfc
Love, FA♥

No comments :