Monday 8 December 2014

Eh Sudah Sah!! 141114

Assalamualaikum ♡♡

Alhamdulillah.
14.November.2014 bersamaan 21.Muharram.1436.
Jam 9.20pm. Sekali lafaz.
Aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Ashri Bin Malek.

Pada umur aku 21 tahun 11 bulan dan beberapa hari, aku sah menjadi isteri kepada insan yang tersayang. Alhamdulillah, Kadang-kadang macam tak percaya pun ada. Aku tak pernah sangka, aku akan berkahwin pada usia ini dan aku tak sangka aku akan berkahwin dengan insan yang aku kenal tak lama. Tapi bila orang cakap dah jodoh, takkan kemana. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Terima kasih kepada ke ibu bapa aku yang setuju dengan majlis perkahwinan aku ini.
Terima kasih kepada family aku sebab berusaha membantu mana yang kurang.
Terima kasih kepada suami aku, kerana memerima diri aku ini.
Terima kasih kepada keluarga mertua aku sebab bersetuju dan datang dari jauh bagi meraikan majlis perkahwinan aku ini.
Terima kasih kepada suadara mara, rakan-rakan dan jiran yang turun membantu sama ada dari tenaga mahupun wang ringgit.
Terima kasih kepada semua.

Syukur Alhamdulillah,

Sebelum majlis pernikahan berlangsung pada 14.11.2014 pada sebelah malam selepas Isyak, sebelah siangnya selepas sembayang Jumaat, rumah aku ada buat sedikit bacaan yassin dan majlis kesyukuran. Ini aku tunjukkan gambar yer.





Now aku nak tunjukkan gambar nikah pula. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Terima kasih suamiku, kerana hanya dengan satu lafaz kau jadikan aku tulang rusukmu.

"Hanya, dengan satu nafas,
dengan sekali lafaz..."

Bait-Bait-bait lagu Rosmah & Khai AF. Yang selebihnya aku tak ingat. Hahaha.

Suasana sebelum majlis bermula & sebelum kedatangan pengantin lelaki. 

Antara sebahagian rombongan keluarga pengantin lelaki.

Suasana di dalam rumah setelah rombongan pengantin lelaki masuk ke dalam rumah.

Akad nikah.
Beberapa saat kami akan bertukar status.

Alhamdulillah sudah sah.
Si suami membaca taklik kepada ku.

Ibuku.
Suasana sedih saat ini.

Ayahku atau waliku.
Tersentuh setiap butir bicaranya.

Abah mertuaku. / Abah suamiku.

Mak mertuaku. / Mak suamiku.

It's my everthing.
Keluarga ku, nyawaku.

My new family.
Keluarga suamiku

Kawan baik ku, memerangkap penggapit ku.

Suamiku, kekasih ku, pelengkap hidupku, segalanya bagiku. Terima kasih suami.

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama:
1. Keluargaku - Terima kasih sedaya upaya selesaikan majlis ni sehingga jayanya. Alhamdulillah. Semoga segala kebaikkan hanya Allah yang mampu balas. Terima kasih. Ateh sayang semua.

Btw terima kasih kepada semua yang memobantu dan yang hadir. Untuk post bahagian resepsi, tunggu next post k. Tq๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Mini Pelamin - D.I.Y from my adek.
Baju - Sdn Bhd.
Inai & Ukiran inai - Fazlenn (IG)
Untuk tengok gambar yang banyak - #ashrifarahfc

Nak harga murah? Boleh deal dengan orang yang aku beri tahu. Thanks.

Love, FA♥

No comments :