Friday 25 July 2014

Popia Berinti Milo

Assalamualaikum♡♡

Aku teringin nak buat kuih popia yang berintikan serunding. Maklumlah, sekarang aku dah stay jauh dari family. So nak lah bawa balik kuih raya untuk family. Ye idokk!! Aku pun mencarilah popia dan serunding di area Ayer Keroh. Bertanya lah juga dengan member-member aku, dekat mana ade jual serunding murah + banyak. Dieorang cakap semua area jauh. Jenuh nak pergi. Aku just jumpa satu di Mydin MITC. Harga RM10 tp kuantiti kurang memenuhi kehendak aku. Tapi disebabkan teringin nak buat, aku try lah beli satu.

Serunding yang aku dah buat untuk popia sudah habis tapi popia punyalah banyak lagi. Aku pun search dari pakchik Google mencari alternatif lain. Mula-mula aku nak buat Popia Nestum yang disukai ramai, bahan mudah tapi rumah aku tak ade blender lagi, maklumlah rumah bujang. Hahaha. Disebabkan buat Popia Nestum kena guna blender, so aku cancel buat. Then search lagi, dan lagi, tak jumpa juga popia yang mudah untuk dibuat oleh orang sepemalas aku. Hahaha

Tiba-tiba...Ting!! *lampu atas kepala menyala* menandakan aku dapat idea. Aku bermonolog dalam hati "Kalau buat popia berinti milo sedap tak? Milo berlambak dekat rumah aku tu". Aku balik rumah stand by apa yang patut untuk buat popia, then after berbuka mulalah misi baru aku. Hahaha. Aku just try buat sikit then goreng. Perghh!! Rasanya sungguh enak dengan tekak aku. Selalu popia serunding rasa pedas kan, tapi popia milo ini rasa manis. Memang sedap!!

Okay dengan baik hati, aku bagi korang resepi. Macamlah sedap resepi aku. Hahaha
Bahan-bahan:
1. Popia
2. Milo
3. Tepung + air (sebagai pelekat)

Cara-cara:
1. Potong popia itu mengikut kesukaan korang. Korang nak besar mana, nak pendek mana, nak buat popia gulung atau popia ikat, ikut suka korang lah. Yang penting mesti nampak macam popia.

2. Ambil sudu kecik dah ambil milo dalam kuntiti yang sederhana. Jangan sikit sangat macam orang jual. Korang nak buat untuk makan bersama family okay. Tapi jangan banyak sangat sampai susah nak gulung atau ikat.

Buat persis aku. Hahaha

3. Bila sudah siap letak milo pada kulit popia, korang gulung atau ikat ikut kesukaan korang yer. Berhati-hati semasa mengikat atau menggulung sebab kulit popia sangat nipis. Mudah terkoyak dan isinya mudah terburai .

Ini separuh hasilnya.

4. Bila dah gulung, letak tepung yang bercampur air sebagai pelekat. Ini sebab bila kulit popia sudah terkena angin, dia sukar nak melekat guna air biasa. So gunakan tepung bercampur air.

Ini popia milo keseluruhannya sebelum di goreng.


5. Bila sudah banyak buat atau nak senang, bila sudah siap buat popia itu. Korang panaskan kuali yang berisi minyak masak yer. Sebelum masukkan popia, pastikan keadaan api dalam kawalan yang kecik atau sederhana. Jangan terlalu kuat api, nanti cepat hangus popia korang. Goreng popia pun hanya sekejap, dalam 5 minit. Sebab kulit popia cepat masak disebabkan nipis. Goreng popia sampai warna keemasan. Ingat!! warna keemasan tau, bukan hangus. Hahaha

Popia Milo selepas di goreng.
Maaf yer, warnanye kurang sempurna.

6. Bila sudah siap di goreng, hidang atas meja atau korang nak simpan, ikut suka k. Semuanya siap!!. Mudah dan sedap. Jangan lupa cuba yer....

Dapat juga 2 bekas Popia Milo homemade by farahannaty.
Satu bekas untuk family aku, satu bekas untuk family tunang aku.

Bila sudah cuba jangan lupa bagi feedback dekat aku, aku nak buat testemoni. Hahaha. Selamat mencuba.
#sekadarberkongsi.

Love, FA♥

No comments :