Friday 11 July 2014

Anak Rantau

Assalamualaikum♡♡

..........................................................................................................

Merantaulah....
Agar kau tahu bagaimana rasanya rindu dan ke mana kau harus pulang.

Merantaulah...
Engkau akan tahu betapa berharganya waktu bersama keluarga.

Merantaulah...
Akan tumbuh cinta yang tak pernah hadir sebelumnya.. Pada kampung halamanmu, pada mereka yang kau tinggalkan.

Merantaulah...
Engkau akan menghargai tiap detik waktu yang kau lalui bersama ibu, bapa, adik, kakak, abang ketika kau pulang ke rumah.

Merantaulah...
Engkau akan lebih faham kenapa orang tuamu berat melepaskanmu pergi jauh.

Merantaulah...
Engkau akan lebih mengerti sebuah perpisahan.

Merantaulah...
Semakin jauh tanah rantauan, semakin jarang pulang, semkin terasa betapa berharganya pulang.

..........................................................................................................



Ini nukilan hati dari seorang sahabat aku.
Dan bila aku mula membaca.. Yesss aku setuju dengan setiap nukilan tersebut..

Dulu aku tak pernah berjauhan dengan family aku. So aku tak pernah rasa macam ni. Tapi bila umur 22 tahun iaitu sekarang lah, aku dapat tawaran kerja dekat Melaka. Mersing - Melaka tak lah jauh sangat. Dalam 4 jam, maybe. Tapi di sebabkan ni 1st time, seminggu juga aku menangis. Aku terlalu rindukan family aku. Nasib baik family serta tunang aku sentiasa support. Alhamdulillah, dah 3 bulan berjauhan, everthing gonna be okay.. Angka tak lah besar, but Alhamdulillah.

Bila dah berjauhan, baru aku tahu semua erti ini. Tak sampai 2 minggu lagi, family aku terutama Ibu aku tanya, "Bila nak balik?". Aku tersenyum sedih. InsyaAllah Ibu, minggu ni ateh balik bawa menantu kesayangan Ibu sekali k. Hehehee.

Serius.....Bila berjauhan baru kita tahu betapa beruntungnya kita punyai keluarga. Terima kasih atas kenangan ini. :)

Love, FA♥

No comments :