Tuesday 5 August 2014

Nasihat Dari Prof Dr Harlina Shiraj

Assalamualaikum♡♡

Aku nak share sikit apa yang aku baca iaitu nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj.
Mesti ada yang tertanya-tanya, siapa Prof Dr Harlina Shiraj. Okay, karang aku bagitahu biodata dia.

==================================================================
Biodata Prof Dr Harlina Shiraj


Nama: Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj.
Nama Panggilan: Dr Har.
Tempat Lahir: Sungai Besar, Selangor.
Kerjaya: Pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
              Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM).
Nama Suami: Ustaz Zulkifli Ahmad.
Bialangan Anak: Empat (4) orang cahaya mata, seorang telah meninggal dunia.
Info: Dr Har gemar melakukan khidmat masyarakat dan kerja-kerja sukarelawan selain menumpahkan khidmat sebagai pakar di hospital.
Media Hiburan: Tetamu jemputan di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Al-Kuliyyah dan Al-Hidayah di TV3, Keluarga di 9, Nasi Lemak Kopi O dan Halaqah di TV9, Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan Fast Forward di RTM, Bersama Linda Onn di Astro. Dr Har juga merupakan panel berkala Wanita Hari Ini di radio IKIM, motivator di radio KL.fm dan kolumnis di majalah ANIQAH, Majalah 'i' dan media lain yang diterbitkan oleh Karangkraf.
==================================================================

Ini tajuk dia "10 Nasihat Untuk Yang Sudah Berumur 50 Tahun Ke Atas".

Yang sudah 50 tahun itu, mula-mulalah berlatih.
Yang dah hampir 50 tahun, boleh bersedia.
Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun, boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

  1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.
  2. Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
  3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
  4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sister". Itu bukantanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibu bapa, tugas awak sudah tamat. Biarkan anak-anak awak sendiri jaga anak-anak mereka.
  5. Terima kelemahan fizikal, sakit dan lain-lain kesihatan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
  6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda.. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua sudah terlambat.
  7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tidak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.
  8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
  9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yang lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH S.W.T).
  10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
Sama-sama kita berkongsi kegembiraan.
Actually aku ada impian, aku nak bawa family aku pergi makan angin. InsyaAllah after majlis perkahwinan aku. So kena save duit untuk aku support semua. Doakan aku yer. Semoga dipermudahkan. Ameen.

Love, FA♥

No comments :