Assalamualaikum
" Orang yang beriman itu hati mereka jadi tenteram kerana mengingati Tuhan . Ingatlah bahawa , dengan mengingati Tuhan , hati menjadi tenteram . Orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik , mereka beroleh untung yang baik dan tempat kembali yang utama . " (Surah ar-Ra'ad: ayat 28-29)
" Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu . Dialah yang menurunkan semangat tentang tenteram ke hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan dan keyakianan mereka di samping keimanan mereka yang sedia ada . " (Surah al-Fath: 4)
Jiwa aman , fikiran lapang boleh diperolehi dalam apa bentuk keadaan sekalipun . Malah kita boleh melalui hari-hari dengan ceria , gembira tidak terkira dalam keadaan apa sekalipun diri kita . Rahsianya, adalah dengan mengingati Allah dalam senang , dalam susah , dalam suka dan dalam duka .
Cahaya kedamaian selalu menyinari jiwa orang yang hatinya dekat dengan Allah . Sama ada mereka kaya raya atau miskin tidak berharta , mereka sihat atau diuji dengan kesakitan, mereka masi boleh tenang andai dalam hati ada Tuhan . Pendek kata krisis hidup bukanlah penamat kehidupan , andai mereka rela , hati mereka akan terus tenteram .
BISIKAN KE HATI
" Aku sentiasa dekat dengan Allah . Jiwaku aman , fikiran tenang walaupun dalam keadaan serba kekurangan . Hari-hariku ceria dan penuh harapan . Aku tidak gundah risau , malah mampu tersenyum kerana aku yakin kebaikan yang Allah janjikan untukku . Dia telah menuip ketenangan dan ketenteraman dalam hatiku. "
No comments :
Post a Comment