Assalamualaikum
CINTA !! Awesome kan tajuk kali ni . Pasti yang membaca story ni akan tersenyum sendiri . Senyum kerana terbayang "percintaan" yang sedang terukir bersama si dia . ataupun tersenyum mengingatkan kenangan "percintaan yang terdahulu . Semuanya mempunyai sejarah yang tersendiri .
Bila berbicara mengenai cinta, pasti ramai yang suka dan tertarik , bukan ? Lumrah manusia . Allah mewujudkan perasaan berkasih-kasih sesama makluk-Nya . Jika bertanya mengenai "APA ITU CINTA" . PAsti pelbagai jawapan yang kita perolehi . Hal ini kerana setiap orang mempunyai presepsi yang tersendiri mengenai cinta . Pada pendapa Farah, cinta bererti kita berkongsi perasan berkasih sayang bersama orang lain . Berkasih sayang bukan hanya di anggap kepada boyfreinfd/girlfriend . Tapi kepada ibu bapa, keluarga, sahabat, sesama Islam dan paling penting cinta kepada pencipta, ALLAH .
Bila sedang bercinta, kita akan merasakan semuanya indah bukan ? Cinta memang indah sekiranya berada di landasan yang betul . Cinta yang mengikut nafsu akan merubah cinta menjadi kelam . Kepada kaum hawa jangan lah sanggup menyerahkan segal-galanya kita bercinta, kerana belum tentu dia jodoh kita . Dan kepada kaum Adam, janganlah menjadikan seorang perempuan itu sebagai objek . Ketika sayang snaggup bersama, tetapi bila hilang perasaan sayang tinggalkan sahaja . Ingatlah kembali kenangan yang pernah di lalui bersama ketika mula-mula bercinta . InsyaAllah perasaan sayang tak akan pupus .
Ramai yang menyatakan cinta itu menyakitkan . Cinta tidak menyakitkan . Tetapi manusia itu sendiri yang mempunyai cinta itu menyakitkan . Manusia mewujudkan perasaan cinta dalam diri, lalu memyikirkan perasaan cinta itu sendiri . Kalau cinta itu menyakitkan, Allah tak kan wujudkan perasaan sedemikin, kerana Allah tak mahu makluknya hidup dalam kesakitan .
Bercinta biarlah berpada-pada . Selagi dia bukan hak kita yang sah, jangan serahkan apa-apa 100% . Kerana jika kita kehilangannya, kecewa teramat sangat meyelubungi jiwa . Serahkan segalanya 100% kepada Allah . Itu lebih mulia .
Pesanan kepada hati:
Hargailah seseorang yang wujud dalam hidup kita, mungkin ini peluang kita yang terakhir bersamanya . Kerana sekali kita melepaskannya, tak mungkin kita akan menjadi miliknya semula .
Ya Allah, temukanlah aku dengan jodohku yang sebenar . Sekiranya aku jatuh cinta, jatuhkan cintaku pada seseorang yang melebihkan cintanya kepada mu agar aku lebih menambah kekuatan untuk mencintai-Mu .
.

No comments :
Post a Comment