Wednesday, 13 June 2012

Terima Seadanya

" Sesiapa yang tidak bersyukur atas nikmat yang sedikit , hakikatnya dia tidak bersyukur atas nikmat yang banyak . Dan sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia , hakikatnya dia tidak berterima kasih pada Allah . "
( Riwayat Nu'man Ibnu Bashir )

" Qanaah atau merasa cukup sesuatu nikmat yang telah sedia ada itu merupakan suatu kumpulan harta yang tidak akan habis dan suatu perbandaharaan yang tidak akan musnah . " ( Riwayat al-Qudhaai )


        Dalam kehidupan , kita biasanya tidak akan dapat semua yang kita mahukan . Ada yang susah dari segi kewangan tetapi punyai ramai anak . Ada yang kaya raya tetapi kesepian dan impikan cahaya mata . Ini adalah sebahagian rahsia Allah , bukan kerana Allah tidak sayang tetapi kerana Dia sudah membuat perancangan yang rapi untuk manusia .


        Jalan terbaik , berpuas hatilah dengan apa yang diberikan dan janganlah rasa kecewa . Tiada yang sempurna di dunia ini . Kita tidak akan dapat semua yang kita mahukan kerana barangkali itu akan menyebabkan kita menjadi manusia yang riak dan lalai .


BISIKAN KE HATI

" Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku . Jika cita-cita dan keinginan terkabul , aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang ada . Namun jika sebahagiannya tidak tercapai , aku tidak akan kesal akan dengan nasibku . Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya . "

No comments :