Wednesday 22 October 2014

Proses Pernikahan

Assalamualaikum ♡♡

Aku nak story sikit pasal perjalanan sebelum aku berkahwin. Cehhh, padahal time aku type entry ini, aku belum berkahwin. Just bakal berkahwin. Hahaha

First aku type entry ini, lagi 56 hari lagi untuk aku bergelar seorang isteri. Perasaan kau jangan cakap lah, berdebar sentiasa. Hahahaa. Actualy aku berdebar bukan sebab tak sedia nak kahwin, aku dah lama sedia nak kahwin. Start aku tunang dah sedia. Nampak tak kegatalan disitu. Hehee. Aku berdebar sebab aku selalu sangat berfikir pasal waktu majlis itu berlangsung. Moga semuanya sempurna. InsyaAllah.

Sebelum kita kahwin, semua document kena lengkapkan dan kena submit pejabat agama tempat masing-masing. Disebabkan test HIV negeri Johor just limit untuk 3 bulan, so aku rasa macam kelam kabut sikit. Aku kalau boleh nak settlekan document ni awal. Lagi 3 bulan jer nak sampai majlis, aku terus daftar nama dekat protal Pejabat Agama , nasib baik sekarang semua guna online. Hahaha

Bila dah daftar lega lah sikit perasaan aku ini. So aku settlekan bahagian aku termasuklah pergi buat test HIV. Alhamdulillah, darah aku normal & aku negatif HIV. Bila aku dah settle, tunang aku pula tak settle lagi. Poneng den. Tunang aku tu dah lah busy dengan kerja, nak settlekan pasal ni lagi. Memang aku push dia. Nasib engko lah yer sayang.

Rupanya nak kahwin bukan senang. Pasal lain maybe senang, tapi terkejar-kejar dengan nak settlekan document lah. Dengan kad kahwin aku yang tak siap lagi. Dugaan sungguh. Tapi insyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. Think positive always.

Aku tunjukkan antara document yang sempat di ambil gambarnya. Ini bahagian tunang aku yer.


Bulatan merah itu menandakan yang empunya sijil kursus kahwin akan berkahwin. Nak kahwin lain, kena amik semula sijilnya. So jangan nak rajin sangat k. Hahaha

Ini dokument nikah di kawasan lain bagi pihak lelaki.

So lepas settle bahagian lelaki, tunang aku kena past semua document dekat aku untuk hantar ke pejabat agama tempat nak bernikah. Macam aku, aku submit ke Pejabat Agama Daerah Mersing.


So pada hari ahad (28.September.2024), aku hantar semua dokument ke Pejabat Agama. Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar. Maybe sebab aku ikut prosedur dengan betul, sekejap jer dah settle. Alhmdulillah. Sebab masa aku datang, ada yang belum daftar online. Maybe dieorang tak tahu kot. Maaf lah, sebelah perempuan punya gambar aku tak banyak amik. Maaf yer

Sijil kursus pra-perkahwinan eden. Tanda bulatan itu menandakan aku nak kahwin. Kecik jer kan. Tunang aku jeles. Sebab di punya tanda besar. Lain daerah lain cara yer sayang. Hehee

Sampai di Pejabat Agama, aku terus amik nombor giliran. Tak sangka pula, ramai yang nak kahwin hujung tahun. Bak kata tunang aku, bulan mengawan. Uppppsss. Hahaha. Dalam beberapa minit, nama aku di panggil. Akak tu suruh aku masuk dalam jumpa dengan akak pakai tudung pink *ingat lagi aku. Masa untuk interview. Orang johor ada interview k. Menggigil juga aku bila nak masuk. Masa aku isi document yang dia suruh, aku nampak ade list untuk "Mengucap, Maknanya, Tanggungjawan Bekeluarga, Fardu Ain". Kecut juga aku. Tapi last-last dia just temubual aku. Aku bersyukur sangat-sangat. Tunang aku untung tak yah kena interview. Maybe dia bukan orang johor.

Lepas interview, aku kena tunggu beberapa minit untuk orang Pejabat Agama uruskan document itu sikit. Then akak Pejabat Agama panggil nama aku. Dia bagi document untuk diserahkan ke Imam. Sebelum itu kena bayar RM35 kalau aku tak silap. Lepas siap semua, aku dengan familg terus bergerak jumpa imam. Tak nak lambat-lambat. Nasib baik tarikh aku nikah nanti, baru sorang yang dah booking. Nasib baik dia sebelah pagi, aku sebelah malam.

Buku ini aku dapat lepas hantar document. Banyak dapat membantu.

Cerita pasal bayaran. Buat masa ini, tahun 2014, bayarannya adalah
Tok Kadi : RM100.00
Saksi 1 : RM20.00
Saksi 2 : RM20.00


Selepas proses selesai, korang boleh check dekat daftar online e-NCRJ. Kalau belum dihantar ke Pejabat Agama, status korang adalah "Semakan Daerah". Tetapi jika korang dah hantar ke Pejabat Agama, status korang akan menjadi "Kebenaran Pendaftaran Nikah".

So bila semua dah settle, korang boleh fikir benda lain pula dan tunggu masa untuk di nikahkan. Alhamdulillah. Tahniah. Maaf lambat update. Aku ni busy sikit. Hahaha. Semoga membantu korang.

Kepada yang nak hadir majlis aku di Mersing pada 15/11/2014 (sabtu) sila emailkan alamat korang untuk penghantaran kad kahwin di "farah_anati@yahoo.com".
Terima kasih

Love, FA♥

No comments :