Friday 3 October 2014

Homemade : Sup Telur

Assalamualaikum ♡♡

Oleh kerana penulisan aku mengenai proses perkahwinan belum lagi selesai, aku nak post story lain. 01.10.2014 merupakan birthday adek aku. Happy birthday!!! Tapi bukan itu aku nak story. Aku nak story pasal masakan 1st time aku masak. Hahaha.

Disebabkan aku duduk bujang, so nak masakbyang cerewet rasa macam membazir. So aku cari alternatif lain, masakan paling simple. Aku check barang dapur. Then, idea mula datang. Dan disebabkan aku ini hantur telur, aku try buat sup telur yang aku tak pernah buat & makan. Kesian kan. Okay ini resepi aku.

SUP TELUR
Bahan-bahan
→ Telur (ikut korang nak berape banyak).
→ Bawang putih + bawang besar (ditumbuk).
→ Serbuk lada sulah.
→ Lada kecik / lada kampung.
→ Bebola ikan (kalau nak banyak isi).
→ Lobak (kalau nak hidangan meriah).

Cara-cara.
1. Panaskan minyak dah masukkan bawang putih + bawang besar (ditumbuk), lada kecil / lada kampung. Kacau hingga nak bau.
2. Masukkan garam. Masukkan air. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan serbuk lada sulah.
4. Biarkan air mendidih. Masukkan bebola ikan + sayur.
6. Masukkan telur berape banyak korang suka. Jangan di kacau. Biarkan masak sendiri selama lebih kurang 2 minit. Siap!!!


Mudah bukan. Cuba lah try. Sekarang ini aku masak tak letak aji na moto dah. Disebabkan aku dah terbaca "Bahayanya Aji Na Moto", so aku masak tak nak letak dah. Jimat pun jimat. Sedap pun sedap. InsyaAllah aku akan bagitahu bahayanya aji na moto okay. Doakan aku rajin menaip. Hahaha.

Maaf tiada gambar. Size gambar sup telur aku besar sangat kot sampai tak lepas nak upload. :( InsyaAllah nanti aku upload k. Have fun!!!

Love, FA ♥




No comments :