Thursday 19 June 2014

Perubahan Baru

Assalamualaikum♡♡

Bila tengah boring, tiba-tiba terfikir.
"Korang pernah terfikir nak jadi blogger terkenal macam Yuyu Zulaikha , Irine NadiaFatin Liyana ?? Mesti pernah kan? "
Aku pun pernah terfikir nak jadi macam mereka semua. Sampai aku update blog time free, join nufnang. Tapi sampai ke sudah tak menjadi.

Tapi bila satu (1) hari aku terbaca satu quoto.
"Jangan cakap aku nak life macam dia.
Sebab dia yang kau nampak sempurna itu kelihatan sempurna.
Kerana dia tak cerita sompek dia.
Kita semua special dan tak special
Jadi dan bersyukur terhadap diri sendiri sudah."

Aku tergamam! Ya betul tu kata-kata yg tertulis.
Start dari situ, aku buang dari anggan ku untuk jadi seperti mereka.
Itu rezeki mereka, rezeki aku lain.
Aku terus jadikan blog ini seperti dairy hidup aku. InsyaAllah sampai bila-bila aku ku tulis dalam blog ini walaupun tiada pembaca :D

Actually, bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal rumah aku..
Yeayyy, rumah aku dah masuk perabot walaupun just perabot tv. Alhamdulillah.

Macam ni cerita nya.
17/06/2014 (Rabu). Tunang aku amik aku balik kerja sebab siang tu dia ada turun Melaka dari Jelebu. Then terus ke kedai makan di area Mydin Ayer Keroh. After makan, tunang aku ni ajak lah jalan. Tak ada planning apa-apa pun nak beli perabot.

Sampai di Mydin, cuba lah nak survay harga peti ais kecil. Haa yg macam di bawah ni.

Ihsan dari Google

Haaaaa, macam tu lah. Comel jee kan. Kecil molek. Kiteorang berpakat nak beli yang kecik sebab kiteorang stay rumah apartment. So ia akan memenatkan kami untuk angkut bila nak pindah nanti kalau kiteorang beli peti ais besar. So difikir-fikir beli yang kecik lah walaupun hati kecil ku memberontak nak yang besar. Hahaa

Tapi lain yang di cari, lain yang dapat. Tunang aku memang pasang niat nak cari perabot tv sebab dia kesian tgk aku bila tgk tv, tv just letak dekat lantai. Maklumlah rumah bujang. Hahaaa. Dan sekali dapat lah pula perabot tv dengan harga yang sama taraf dengan kuantiti. Apa lagi, tunang aku dengan pantas mencari troli then ambil set perabot tv. Lepas bayar terus pulang ke rumah. Aku tak ada amik gambar sbb fon aku tertinggal.

Tapi aku ada gambar dia pasang perbot itu sendiri dengan pertolongan aku yang sedikit. Hahahaa..




Betapa semangatnya tunang aku memasang sendiri. Sampai aku amik gambar, dia tak perasan. Hahaa. Maaf yer ;)

Alhamdulillah, sedikit-sedikit barang rumah hampir penuh. Hari tu barang dapur, sekarang perabot. Terima kasih Encik Tunang. Lagi tinggal 5 bulan kita nak stay sini sama-sama. InsyaAllah. Terima kasih sekali lagi yee awak.

Ni jer cerita buruk aku. Saja nak tulis supaya tak hilang dari ingatan. Dan bila baca, confirm akan imbas kenangan. Inilah dairy aku.

Love, FA♥

No comments :