Sunday 15 June 2014

Bapa Kaulah Hero

Assalamualaikum♡♡

15.Jun.2014
Bangun pagi, tunaikan kewajipan kepada-Nya. Siapkan sarapan, mengemas rumah. Ini lah rutin aku setiap hari cuti. Actually, bukan ini yang aku nak story. Macam yang korang tahu limabelas haribulan enam (15/6/2014) hari bapa kan, pasal hari bapa yang aku nak story.

Selamat hari bapa kepada ayahku, JAHARUDDIN BIN AWANG CHIK.
Dannnnn
Bakal bapa mertuaku MALEK BIN ABD MANAS.


Inilah ayah ku serta bidadari nya, ibu aku. (NORLELA BINTI AHMAD)

.................................................................................
Ayah,
Terima kasih menjaga anakmu ini selama 22 tahun dengan kudrat yang Allah beri.
Terima kasih juga memberi nasihat di kala anakmu alpa.
Terima kasih lagi sentiasa garang untuk mendidik anakmu ini.
Terima kasih kerana sentiasa disisi setiap kali anakmu ini jatuh lemah tanpa kekuatan.
Terima kasih sentiasa tersenyum walaupun dirimu penat mencari rezeki.
Terima kasih lagi terus kekalkan sayang kepada ibu dan anak-anakmu.
Terima juga ayah sebab restu anakmu ini untuk tunang di usia muda
Terima kasih ayah.

Maaf, kali ini anakmu tak dapat raikan bersama family.
Maafkan anakmu bila tak mampu berikan yang terbaik.
Maaf bila setiap bulan hanya itu yang mampu anakmu beri setakat ini.
Maaf juga bila keinginanmu belum mampu anakmu tunaikan.
Maafkan anakmu bila ada menyakitkan hatimu.
Maaf segala-galanya.
.........................................................................

Bila aku dah berjauhan dengan family, aku baru tahu betapa pentingnya keluarga.
Aku tak pernah berjauhan dengan family. Ini kali pertama.
So aku cepat rindu. Cenggeng? Maybe.
Aku terlalu rindu nak bersama family aku. InsyaAllah awal puasa kita jumpa k.
Sayang semua.


Ini pula bakal bapak mertua aku bersama bidadarinya, iaitu bakal mak mertua aku. (ZAIMAH BINTI ZAKARIA)

..............................................................................
Abah,
Terima kasih terima diriku menjadi bakal menantumu.
Terima kasih dengan 2 kali pertemuaan, abah sudi terima aku menjadi tunang anakmu.
Terima kasih sentiasa ingat padaku.
Terima kasih sentiasa juga beri nasihat setiap kali kita berjumpa.
Terima kasih baik dengan aku.
Terima kasih abah.

Maaf kalau aku ada buat salah.
Maaf bila berjumpa, aku kurang bercakap.
Maaf bila masakan aku kurang menepati selera mu.
Maaf juga bila peragai ku abah kurang suka.
Maaf abah bila aku jarang ke rumah melawat mu.
Maaf bila aku datang tanpa membawa sebarang hadiah.
Maaf abah.
...........................................................................

Ayah, Abah. Selamat hari bapa.
Ayah, Abah. Kau sangat istimewa.
Ayah. Abah. Kaulah segala-galanya.
Ayah, Abah. Anakmu sentiasa sayangkan mu.

Aku tak pandai nak luah depan-depan, aku pemalu sebenarnya. Hehee
So dalam blog aku mampu luah. Walaupun tak ade yang baca, aku tak kisah. Aku buat macam diary.. hahaaa.
Ibu. Ayah. Mak. Abah.
Anakmu terlalu sayangkanmu.

Love, FA♥

No comments :