Thursday 26 June 2014

Meseg

Assalamualaikum

Sekarang ini aku berada di ofis Bina Masyhur. Disebabkan aku tengah free then sebilangan staff sini pergi dengar ceramah agama di Selia Selenggara, so aku menaip blog sekejap. Mesti korang tanya  
"Asal kau tak pergi dengar ceramah agama?".
Actually, aku nak sangat pergi dengar ceramah agama, tapi kan orang atasan aku tak bagi. Nak tahu apa alasan dia
"Farah tak yah pergi ae, kiteorang pergi sekejap jer. Nanti tak ada siapa nak jaga ofis.".
Aku bukan guard lah!! Aku pekerja ofis macam korang. Mungkin sebab pangkat kau tinggi, kau buat ikut kau? Tak pe, yang penting esok, hari Juammat aku pergi training Motivasi Dalam Pekerjaan. Tapi kalau Kaka tak bagi pergi juga, aku tetap nak pergi! Aku akan sabar selagi boleh. Aku akan layan baik selagi boleh. Benar orang cakap, kalau Melayu punyai pangkat tinggi, mulalah EGO.

Pagi-pagi aku dah marah-marah. Insthifar farah.
Actually, bukan ini yang aku nak story. Aku nak story pasal "MESEG".

Yurp meseg. Meseg ialah pesanan ringkas yang di hantar melalui gajet elektronik seperti handfone. Betul ke idookk? Hahaha..Aku terfikir nak tulis entry ni sebab malam semalam lepas bergaduh dengan Mr A aku. Hahaha. Gaduh manja jer okay. Nasib baik dia jenis manusia yang memahami dan sabar dengan peragai aku. InsyaAllah sampai bila-bila macam ini yer awak. Hehee


Perempuan:
  • Paling tak suka pasangannya balas meseg lambat.
  • Paling benci bila meseg, pasangannya fokus kearah benda lain.
  • Kurang minat bila meseg, tiada topik nak berborak. Actually, perempuan tak kisah nak meseg pasal apa, dia akan layan jer. Janji dia dapat meseg dengan pasangan dia. Ingat tu lelaki.
  • Bila meseg, perempuan tak suka lelaki beri alasan nak rest, kononnya penat bila seharian kerja dan no time untuk meseg. Sebab perempuan tu penat juga bekerja pada waktu siang, tapi still gagahkan diri untuk meseg dengan pasangan dia. Nampak tak betapa gagahnya perempuan. Hahahaa.
  • Tak suka kalau tengah meseg, pasangan dia minta stop meseg sebab nak keluar lepak dengan kawan. Kalau stop meseg sebab hal lain, boleh terima lagi. Tapi ni kes sebab kawan.
  • Sangat tak suka bila tengah meseg, pasangan dia reply meseg orang lain terlebih dahulu. Sebab kalau perempuan, dia akan balas meseg pasangan dia terlebih dahulu walaupun meseg pasangan dia masuk last dalam banyak-banyak meseg. Hal ini boleh dilihat bila menggunakan whatsapp.
  • Jangan balas meseg pendek jer macam "okay, hmm, dan dll" bila perempuan penat menggarang untuk meseg panjang-panjang kepada pasangannya.
Haa, lelaki baca ni antara patang larang bila meseg dengan pasangan anda. Jangan ada yang tarik muka pula nanti. Itu jer yang aku dapat fikir. Kalau ada tambahan lagi, sila bagitahu okay. Kali ini aku nak cakap pasal lelaki pula.





Lelaki:

  • Tak kisah pun kalau pasangan dia lambat balas meseg. Sebab mereka selalu think positif.
  • Tak suka kalau pasangannya meseg dengan orang lain tanpa bagitahu mereka.

Actually pasal lelaki aku tak tahu. Nanti aku tanya Mr A aku apa perasaan dia mengenai meseg. Hahaa. Entry ini just untuk suka-suka.Kadang-kadang aku gaduh juga dengan Mr A pasal ini. Tapi dia cakap, hal kecik kot. Lelaki anggap kecik, tapi perempuan tak. Perasaan dan hati perempuan nipis. Walaupun perempuan selalu fikir ke arah masa depan bila nak buat sesuatu, tapi pemikiran dia banyak negatif. Lain dengan lelaki. Lelaki walaupun berfikiran hanya untuk waktu itu bukan untuk masa depan untuk buat sesuatu, tapi pemikiran mereka sentiasa positif. So lelaki hargailah pasangan anda yer :)



Love, FA

No comments :