Monday, 2 June 2014

Mawar

Assalamualaikum♡♡

Aku ingin menulis sedikit kata puitis yang pernah aku baca dan sampai sekarang menangkap dalam jiwa dan ingatan.

.............................................................................
Mawar Pertama,
Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yamg kembali kepadaNya.

Mawar Kedua.
Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga.
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampun untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar Kempat.
Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima.
Jangan anda mengira dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeluhan.

Mawar Keenam.
Jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilemparkan batu dia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar ketujuh.
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan.
Jangan kamu menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan kaamanan, kedamaian dan kesihatan. InsyaAllah.

Mawar Kesembilan.
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mawar Kesepuluh.
Mandi, berwuduk, memakai wangi-wangian dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.


.........................................................................

Apa macam? Best kan? InsyaAllah setiap penulisan itu berguna.
Sebelum aku terlupa, "MAWAR" ini di tulis khas untuk wanita.
Aku cuba belajar menjadi seorang bisa menuturkan bahasa puitis tanpa memberi impak negatif, tapi aku lemah, kaku!!
Itu salah satu impian aku. Sekarang aku mengorek langkah kembali untuk belajar bahasa puitis.
Bukan untuk dibanggakan atau untuk apa-apa, tetapi untuk memenuhkan keinginan aku yang di mana cita-citaku semakin tipis untuk di capai hanya perlu mencapai keinginan.
Nokhta!

Love,FA♥

No comments :