Monday, 26 May 2014

Surat Untuk Bakal Suami

Asslamualaikum♡♡

Sekiranya post kali ini telah di baca oleh peminat blog farahannaty.blogspot.com (perasan jap), ini bermakna aku sudah pun menjejakkan kaki ke umur 20 tahun atau lebih . Maka aku perlu fikir lebih matang dan ke arah masa depan. Cehhh!! Post kali ini aku tujukan buat bakal suami aku. Siapakah ?? Waitt & see :D

For my husband . MR RIGHT XD
"Saya harap awak menjadi yang terakhir untuk saya. Saya sekarang lebih menyayangi awak lebih dari sesiapa. So awak perlu bangga dan bersyukur taw. Bukan senang nak dapat kasih sayang saya. Hehehe. Saya janji akan setia, terus sayang dan sentiasa sokong awak. InsyaAllah .

Ada lagi ni, saya harap awak boleh terima saya seadanya. Saya nak awak kenal saya yang dulu, sekarang dan akan datang. Tapi yang dulu jangan diungkit , sebab yang dulu kedegilan saya sebelum berjumpa awak. Maaf  >.< Jika awak memang tulang rusuk saya dan imam saya, saya harap awak boleh bimbing saya ke jalan Allah dengan lebih jelas. Saya memang nak berubah sangat, tp sekarang saya tak kuat lagi. InsyaAllah saya akan jadi isteri, ibu, nenek dan moyang yang solehah :D

Jika saya pergi dulu dari awak, saya nak awak tetap sayang saya walaupun awak dah ada pengganti saya. Saya ada permintaan untuk tunaikan sekiranya saya pergi sahut seruan Ilahi :)
  1. Sentiasalah ziarah pusara saya.
  2. Baca al-Fatihah dan doakan untuk saya.
  3. Tolong ingat birthday saya dan sentiasa sambut walaupun saya tak ada. Sebab saya suka sangat tarikh lahir saya.
  4. Tolong nyanyi lagu untuk saya. Nyanyi lah lagu yang menggambarkan saya di mata, hati dan diri awak.
  5. Jagalah dengan sebaiknya anak-anak saya. Maksudnya anak kita. Sebab anak-anak boleh mengingatkan saya jika awak rindu saya.
Itu je kot permintaan saya buat kali ini. Saya seikhlas hati menyayangi dan mencintai awak kerana Allah. InsyaAllah. Saya harap awak jodoh saya. Saya tak nak mengharap sesiapa. Hope awak boleh tunaikan permintaan saya. Saya Sayang Awak Untuk Selamanya. InsyaAllah." ;)

Mesti korang tertanya-tanya siapa lelaki tu kan.
Dia adalah Muhammad Ashri Bin Malek. InsyaAllah.
Buncittt, awak baca ni taw bile kita dah kahwin. Heheh
Byeeeeee

Love, FA♥

No comments :