Assalamualaikum ♡♡
Bertemu lagi kita. Entry kali ni aku nak sambung pasal bakal Mak Bapak mertua aku pergi umrah. Korang dah baca entry aku yang lepas?? Kalau belum meh singgah baca dulu, nanti korang tak faham. Aku juga yang susah. Hahahaa Part 1
22.Mac.2014
Mak Abah sampai KLIA dalam jam 0100pm. Alhamdullilah mak sampai dengan selamat. Anak-anak mak abah semua ade pergi amik.

Aku tersenyum lihat gambar ni :)
Tapi Allah bagi dugaan dekat mak abah. Mak tak sihat. Abah cakap dekat sane mak muntah bila makan. Tunang aku & adik-beradik dia yang lain hantar mak pergi hospital. Doktor cakap maybe faktor cuaca. Yelah cuaca sane dengan cuaca Malaysia tak sama.
Mak kena stay dalam wad. Ade lah dalam 3-4 hari mak stay sana. Tunang aku lepas balik kerja mesti singgah wad, melawat mak. Kalau dia tak pergi, aku yang marah. Hehee. Bukan ape, dia lelaki so tanggungjawab dia pada mak bapa sangat besar.
25.Mac.2014
Tunang aku bagitahu aku yang mak dah boleh keluar wad. Alhamdullilah, jam 0200pm mak dah boleh balik rumah. Syukur kerana mak dah sembuh, walaupun belum sepenuhnya.
Aku sedih sebab tak dapat melawat mak. Mersing - Seremban kan jauh. Malam tu aku terus call mak. Aku minta maaf sebab tak dapat melawat mak. Nasib baik mak faham. Terima kasih. Alhamdullilah, tunang aku cakap mak semakin sihat dan abah pun sihat :)
Dan aku bersyukur juga sebab Allah masih berikan kesihatan yang baik untuk Ibu Ayah aku serta keluarga ku. Terima Kasih, ya Allah :D
Korang nak aku kogsikan entry ape lagi? Cer bagi idea. Nanti aku tulis.
Sekian...
Love, FA♥

No comments :
Post a Comment