Assalamualaikum♡♡
Bila dah lama tak rajin nak buat entry baru, tiba-tiba rajin pula nak update entry pasal masakan. Haa korang semua pernah makan "BAKSO". Confirm pernah kan. So aku nak share cara-cara buat bakso. Tapi ini resepi air tangan aku. "Homemade" bak hang. Anddd confirm lah nama masakan pun kena tukar kan. Aku namakan......
"BAKSO CAMPURAN JDT"
HEHEHEEE..upss
Bahan/ Resepi:
-Bawang Besar + Bawang Putih
-Halia + Sengkuang (Sebesar ibu jari)
-Serai (2 @ 3 batang)
-Tiga Sekawan (Bunga Lawang / Kulit Kayu Manis)
-Perencah Sup
-Kiub Ayam
-Daun Sup
-Mee Kuning / Mee Hoon
-Bebola Daging / Bebola Ikan
Cara Potong:
-Potong bawang besar, bawang putih, halia mengikut rupa potongan kesukaan korang.
-Tumbuk sengkung dan serai.
-Potong bebola daging / bebola ikan belah dua atau tak nak potong pun tak pe.
-Hiris daun sup sebagai hiasan di akhir masakan.
Cara Memasak:
-Basuh / masak mee. Gunakan mee kesukaan korang. Nak mee hoon atau mee kuning. Selepas basuh / masak mee, tuskan ketepi.
-Panaskan minyak di dalam periuk lain.
-Lepas panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai dan 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis dan .......)
-Selepas dah naik bau, masukkan perencah sup dan kacau.

Aku suka guna perencah ni "ADABI". Tapi terpulang dekat korang nak guna perencah sup brand ape k.
-Masukkan bebola daging / bebola ikan. Kalau jenis aku, aku suka campur-campur. Bebola daging + bebola ikan + bebola ketam.
Salah satu peberet aku bila masak dalam kuantiti sikit.
Dann ni aku guna bila masak dalam kuantiti banyak. Yang penting brand "ARMIYA".
-Selepas itu, masukkan air dalam periuk itu dan mengikut kuatiti air yang korong nak.
-Bila air sudah mendidih sikit, masukkan kiub ayam satu / dua kiub. Terpulang.
Aku selalu guna brand "KNORR" dan just guna 1 kiub. Kalau banyak rasa sangat ayam nye.
-Kacau bagi sebati dan biarkan sehingga mendidih.
-Selepas mendidih, masukkan daun sup. Tapi kalau korang tak nak masukkan pun boleh. Masukkan daun sup dalam pinggan masing-masing bila nak makan.
-Akhirnyaaaa SIAP!!!
Sebenarnya bakso ade sambal hitam sendiri. Tapi aku tak bape pro lagi. Ape yang aku selalu buat bila buat sambal ialah..
Bahan Sambal:
-Lada besar warna merah
-Lada kecik
-Tomato (2 / 3 biji)
-Sos Tomato + Sos Cili + Sos Tiram
-Belacan sikit
Cara Buat:
-Kisar lada besar warna merah, lada kecik, tomato dan belacan.
-Bila sudah lumat, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram mengikut kuantiti kesukaan korang.
-Kisar sampai sebati dan lumat. SIAP!!
Haaa. Ni BAKSO CAMPURAN JDT hasil tangan aku dan menjadi peberet ibu aku.
Lepas siap semua, apa lagi makan lah. Confirm sedap.
Alhamdullilah, serba sikit aku belajar sampaikan ibu aku sendiri selang 2 minggu confirm suruh aku buat. Sampaikan tunang aku sendiri mengidam nak rasa bakso campuran jdt aku. Nasib baik dia dah rasa. Tak berhutang masakan dengan dia. Hahaha
So korang cuba lah yer. Bila sudah berjaya buat, jangan lupa share dengan aku. Kalau tak jadi juga bagitahu aku, kot-kot aku lupa bahan ke. Hehee
Thanks for reading
Love, FA♥

No comments :
Post a Comment