Assalamualaikum
Berminat dengan tajuk di atas, sila baca entry dibawah ini . Just copy and paste :)
Kajian baru mendapati lelaki meletakkan pandai berjenaka sebagai keutamaan dalam memilih pasangan, selain cepat mesra dan menyenaraikan penampilan menarik fizikal ditempat kesembilan, lapor akhbar Daily Telegraph .
Menurut kajian American Journal of Play, wanita juga memilih lelaki yang cepat mesra dan suka berjenaka, tetapi juga percaya lelaki yang penuh kebaikan dan pemahaman sebagai paling penting, menurut kajian .
Jurucakap agensi Entre Nous, Rosalind Baker, berkata keseronokan adalah apa yang paling dimahukan individu pada awal sebarang perhubungan .
" Apabila anda mula-mula bertemu seseorang memang biasa jika mahukan sedikit keseronokan dan mencetuskan minat terhadapnya sebelum melihat kualiti jangka panjang lain . Sebaik menyedari keperluan hubungan jangka panjang, karektor penting lain mula timbul dan keseronokan akan berkurangan. "
Baker berkata, kejujuran, saling mempercayai, saling menghormati, keterbukaan, hormat menghormati, baik hati, penyayang, mesra dan memberi perhatian adalah antara pekara yang lelaki dan wanita inginkan selepas tahap keseronokan .
" Walaupun lelaki mahukan wanita yang baik dengan ibu bapanya, menjadi ibu terbaik kepada anak-anak, pasangan ideal untuk menyokongnya dalam karier, dia juga mahukan teman sepermainan - seseorang yang dia boleh bergantung dan berseronok . Jika kualiti itu tidak didapati pada seseorang wanita, berkemungkinan lelaki itu akan mencari karektor itu di luar hubungan. "
Info daripada Berita Harian - Sabtu, 22 September 2012, 06 Zulkaedah 1433H .
Thanks because reading this artical . Please Like & Comment, okey dear :D

No comments :
Post a Comment