Assalamualaikum♡♡
Jangan suka berlapar
- Makanan memberikan tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan mengalami kejutan. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah.
.jpg)
Banyakkan minum air kosong
- Air mengurangkan selera makan dan secara semulajadi akan membantu badan mettabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pastikan anda tidak akan makan dengan banyak.
Elakkan minuman berkarbonat
- Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula. Jumlah pengambilan gula sebanyak ini tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Kurangkan garam
- Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air dalam badan. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Sarapan itu penting
- Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
Jangan gelojoh
- Nikmatilah makan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Apabila makanan dikunyah secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat yang menunujukkan kepuasan. Gigit makan dengan cebisan lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini makanan lebih mudah dihadam.
Kerapkan makan
- Biar makanan yang kerap, tetapi dengan kuatiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Limau dan oren juga membantu- Apabila makan direstoran atau kedai,pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintaklah minuman yang mengandungi kurang gula.
Pilih serat bukan lemak
- Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral serat kandungan lemak yang rendah.
Ambil makan yang berempah
- Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.
Bijirin itu baik
- Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijiin adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin mineral dan sedikit lemak.
Kesihatan lebih baik daripada kurus
- Tumpukan perhataian untuk sihat, bukan untuk kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada bentuk untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat anda untuk memilih makanan yang boleh menyihatkan tubuh badan.
Anda apa yang anda fikirkan
- Jangan menimbang berat badab setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, kemudian menimbang berat badan, pasti berat bada akan meningkat. Ini menyebabkan anda rasa putus asa untuk berdiet.
Bukan setakat fikir masak-masak
- Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memangang atau mengukus. Bagi sayur-sayuran, tumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari dari menggunakan lemak haiwan.
Piring juga memperdayakan
- Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring cengkung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah makanan, hanya sayur-sayuran yang diambil.
Kurangkan gula
- Kurangkan pengambilan gula karana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
Banyakkan berjalan
- Biasakan berjalan-jalan sesudah makan. Ini akan membantu dalam menghabiskan sebahagian kalori daripada makan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan.
Selamat mencuba okey sayang :)
Thanks You.
Love, FA♥
.jpg)

No comments :
Post a Comment