Assalamualaikum
perkataan pertama yang diucapkan adalah ALHAMDULILLAH ..
Itu bagi orang yang sedar akan rezeki itu datangnya daripada Allah .
INGATLAH bahawa harta kekayaan itu adalah milik Allah dan ia adalah amanah-Nya untuk kita menggunakannya bagi menegakkan suruhan Allah . Oleh sebab harta itu satu amanah, maka di dalam harta itu ada hak-hak orang lain atau pihak-pihak tertentu .
"Maka (bagi mengatakan kesyukran) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperolehi keredaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya" - Al-Rum 38 .
Oleh sebab itu kita hendaklah membuat peruntukan daripada kekayaan untuk diberikan kepada orang yang berhak sebagaimana yang ditentukan oleh Allah misalnya menyalurkan bantuan untuk manghapuskan kezaliman, menegakkan kebenaran, bersedekah, berzakat, memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan sebagainya .
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah membeli kepada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga ."
- Al-Taubah 111 .
- Al-Taubah 111 .
No comments :
Post a Comment