Assalamualaikum♡♡
" IBU .. IBU .. ENGKAULAH RATU HATIKU .. BILA KU BERDUKA, ENGKAU HIBURKAN SELALU "
Bait-bait lagu ini tentu pernah berkumandang di telinga kamu, kan ?
Dari kecil IBU selalu membuatkan hati kita gembira .
Lagu ini bersesuain sangat dengan kedatangan bulan Mei. Setiap tahun memang cukup sinonim dengan hari IBU . Walaupun secara hakikatnya , tidak kira hari, bulan atau pun waktu, bila-bila masa saja kamu boleh meraikan insan yang cukup istimewa ini .
Oleh itu aku ada tips yang boleh korang try untuk raikan hari IBU secara meriah . Tetapi HARUS ingat, raikan ibumu dengan seiklas hati !!
First : BERBINCANG BERSAMA AHLI KELUARGA AHLI YANG LAIN .
- Kamu pasti tidak mahu bertindih rancangan dengan orang lain . Mana tahu adik beradik kamu yang lain sudah memikirkan untuk membawa ibu ke taman tema sepanjang hari . Kamu pula sudah lama memasakkan hidangan tengah hari istimewa buat ibu . Atau ayah kamu pernah mandengar ibu ingin relaks di spa . Lebih banyak maklumat kamu dapat, lebih menariklah cara sambutan yang kamu boleh rancang . Apa kata, gabungkan isea-idea yang ada agar sambutan kali ini dapat menjadi sesuatu yang cukup indah untuk di kenang .
Seconds : HADIAH ISTIMEWA .
- Memang klise tetapi pemberian hadiah ialah satu cara yang boleh mengembirakan hati seorang ibu . Bunga dan coklat adalah pilihan atau kamu boleh gabungkan koleksi foto dirinya sebagai ibu yang hebat . Buku resepi comel merangkumi resipi satu kelurga yang menarik .Dan kamu juga tidak silap untuk membuat sijil khas dengan anugerah ibu Paling Cantik Di Dunia atau Ibu Paling Terbaik Di Dunia kepada ibumu sendiri . Pasti ibu akan tersenyum sepanjang hari .
Last : PELAN SAMBUTAN SEPANJANG HARI .
- Kamu mempunyai begitu banyak rancangan . Namun bergantung di mana kamu berada, apa yang ibumu suka atau berapa banyak wang yang akn kamu belanjakan .
- Oleh itu kamu boleh memilih sama ada :
- Menikmati saat-saat relaks dirumah . Buatkan ibumu sarapan berkhasiat, menonton rancangan kegemaran di televisyen bersama dan berbual mesra mengimbau masa lalu bersamanya .
- Mengajak ibumu keluar berjalan-jalan . Bawanya menonton wayang atu teater ataupun berkelah di tepi pantai .
- Berikan ibumu ruang untuk dia memanjakan dirinya sendiri seperti pergi ke spa . Kemudian bertemu dengannya untuk makan tengah hari bersama dan berikan hadiah .Apa jua cara yang kamu mahu raikan, pastikan kamu memberi fokus untuk ibu pada hari tersebut .
So , apa lagi .. Buat sesuatu untuk IBU kamu semua okey .
For My Lovely Mum -> Ibu, anakmu memohon kemaafan sebab Farah tak pernah bagi result yang cemerlang dalam peperiksaan . Selama 20 tahun ibu menjaga dan mendidik Farah, tak pernah sekali pun Farah bagi result yang cemerlang kan . Tak macam adik beradik yang lain . Farah mintak maaf sangat-sangat . Tapi Farah akan cuba jadi anak yang soleha untuk ibu dan family . Doakan kejayaan anakmu .
SAYANG IBU SANGAT-SANGAT . SAYANG FAMILY :)
Love,FA♥
No comments :
Post a Comment