Tuesday, 1 May 2012

Info "Manusia Perlu Tangkis 10 Perangkap Syaitan".

Assalamualaikum

ALLAH berfirman bermaksud " Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka . Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka . Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperolehi tempat untuk lari darinya. " (An-Nisa: 120-121)

Apabila syaitan mula meraja dalam diri, seseorang itu sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri . HATI, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap menguasai tunjang dalam badan manusia .


Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis golongan itu .


Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu :


PERTAMA - Melalui Sifat Sombong Dan Angkuh .

Sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia . Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan 

KEDUA - Melalui Sifat Bakhil Dan Kedekut .

Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah daripada kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak . Ia boleh digunakan untuk membantu orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah .

KETIGA - Melalui Sifat Takbur Dan Bongkak .

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-gslanya dalam hidup . Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa sahaja .

Allah berfirman bermaksud: " Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur. " (An-Nahl:23)


KEEMPAT - Sifat Khianat .
Melakukan apa sahaja kerosakan sesuatu yang menjadi milik orang lain serta mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya .

KELIMA - Sifat Tidak Suka Menerima Ilmu Dan Nasihat .

Rasullullah selalu menasihati sahabt Baginda agar menjauhkan diri daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain .

KEENAM - Melalui Sifat Hasad .
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan .


Rasullah SAW pernah bersabda bermaksud: " Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api menbakar kayu kering. " (Riwayat Bukhori dan Muslim) .

KETUJUH - Melalui Sifat Suka Meremehkan Orang Lain .
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain . Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki .


Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil. " (Riwayat Muslim)

KELAPAN - Melalui Sifat Ujub Atau Bangga Diri .
Menurut Imam Ahmad, Rasullah SAW bersabda bermaksud: " Jangan kamu nersenag lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenan-senang saja. " 
(Riwayat Abu Naim daripada Muaz ban Jabal) .

KESEMBILAN - Melalui Sifat Suka Berangan-Angan .

Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan di pandang hina oleh Allah dan manusia .Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya .

KESEPULUH - Melalui Sifat Buruk Sangka .
Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidik terlabih dahulu amat dicela Islam.

Rasullah SAW bersabda bermaksud: " Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak . Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya. " (Riwayat Muslim) .



Marilah kita renung-renungkan dan memperbaiki diri .

Semoga Allah masih menyayangi kita .
SELAMAT BERAMAL XD

No comments :