Wednesday, 25 April 2012

MEdSI

Assalamualaikum.

Minggu ni, kepada sesiapa yang telah memohon untuk menceburi bidang perguruan, keputusan bagi menjalani ujian MEdSI, (Malaysian Educators Selection Inventory) April 2012 telah pun diumumkan .

Anda bolehlah lawati laman web Majlis Peperiksaan Malaysia bagi menyemak nama anda dan juga lokasi untuk anda menjalani ujian tersebut .  

sila klik link dibawah

http://www.mpm.edu.my/medsiregter/index.php

* Sila cetak Slip Panggilan Ujian dan bawa bersama pada hari Ujian MEdSI 

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

http://www.mpm.edu.my

PANDUAN UJIAN MEdSI

1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my mulai 20 April 2012 .

2. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 28 April 2012 .

3. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web upu.mohe.gov.my

4. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) .

5. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI .

6. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line .

7. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU .

8. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM .

9. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja .

10. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

11. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja .

12. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) .



 TAHNIAH KEPADA YANG LAYAK MENDUDUKI UJIAN MEdSI !! 

Bagi anda yang bakal menghadapi ujian MEdSI, pasti tertanya-tanya macam mana bentuk soalan yang akan ditanya nanti . So perasaan tu pun memang berdebar sebab tidak tahu lagi macamana bentuk soalan dia.

Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU. So, yang memohon tu mestilah minat untuk jadi guru, betul tak?

Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja .

1 soalan anda perlu menjawab dalam masa 12 saat . Hebat !!

Pastikan jawapan anda konsisten dengan jawapan sebelumnya kerana soalan ini lebih kurang sama je . So, jangan fikir lama-lama sangat, pastikan anda habiskan menjawab kesemua soalan, berikan info tentang diri anda sebaik mungkin .




contoh soalan MEdSI
























Copy paste form 
Rrizza Izad




GOOD LUCK !!

No comments :