Assalmualaikum♡♡
Entry kali ni aku nak cungkil sikit pasal "Membasuh rumah baru". Aku rajin tulis isu ini sebab insyaAllah aku akn berpindah rumah. Sebab aku dapat kerja baru. Aku akan berpindah ke Melaka. Jauh woo. Dann insyaAllah juga rumah tu juga aku akan stay dengan tunamg aku bila kiteorang dah kahwin. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Semoga Allah teruskan permudahkan urusan kami.
So ni aku nak share sikit pasal "Membasuh Rumah Baru"
Kaedah yang ringkas dan mudah untuk dilaksanakan. InsyaAllah
1. RUMAH YANG TELAH LAMA TIDAK BERPENGHUNI
2. RUMAH YANG BARU, AKAN DIHUNI.
Untuk kaedah yang pertama, di buat 3-7 hari sebelum masuk ke rumah.
1. Sebelum masuk ke rumah ucapkan:
" ASSALAMU'ALAINA WA'ALA IBADILLAH HISSOLIHIN"
(Selamat sejahtera ke atas kami dan juga ke atas hamba-hamba ALLAH yang beribadat/beramal soleh kerana ALLAH)
"ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABA ROKAATUH"
(Selamat sejahtera, rahmat ALLAH dan berkat ALLAH ke atas kamu.)
Kemudian melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan dengan lafaz BASMALLAH.
2. Sediakan 1-2 baldi air kolah masjid (kalau dapat-pastikan dengan izin dari penjaga amanah masjid), jika tidak air paip biasa pun boleh sahaja.
3. Dibacakan pada air tersebut dengan ISTIGHFAR 21x, SELAWAT (21x), AL-FATIHAH (7x), AYATUL KURSI (7x), AL-BAQARAH 284-286 (3x), YAA SIIN: ayat 18 (3x). Kalau dapat dibacakan Surah YAA SIIN terlebih afdal, AL IKHLAS (11x), AL FALAQ(1x), AN NAS (1x).
4. Berdoa (mohon hajat) dan ditiupkan ke dalam air, seterusnya dimasukkan ke dalam botol penyembur air, untuk di sembuh atau di dalam mangkuk. Sebaiknya sebelum disemburkan, berdiri di tengah-tengah ruang rumah, laungkan AZAN dengan kadar suara yang tidak mengganggu jiran-jiran.
5. Air disemburkan dengan bahu kanan ke dinding (seperti tawaf BAITILLAH) lawan jam, sambil membaca ayatul KURSI atau AL IKHLAS tidak putus.
6. Buat di dalam rumah dahulu (kecuali bilik air/ tandas), jika bertemu tangga, (rumah 2 tingkat) naik ke atas dahulu. Pastikan ianya berkeliling. Selesai di dalam rumah, buat di luar rumah, bermula dari pagar, pastikan bahu kanan ke pagar rumah.
7. Sepanjang proses tidak digalakkan bersembang tau berbual jika tidak perlu, tumpukan perhatian.
8. Waktunya, elok di buat malam bagi menggelakan fitnah.
PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
- Memagar rumah dengan merenjis air YASSIN di sekeliling rumah ikut panduan.
i) Ambil air secawan
- Baca surah AL-FATIHAH
- Baca AYAT KURSI
- Baca 3 QUL (AL-IKHLAS, AL-FALAQ & AN-NAS)
ii) Tiup ke dalam cawan tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
iii) Kemudian jirus di setiap penjuru rumah dengan air tersebut. Mulai dengan penjuru rumah yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jam.
♧Amalkan membaca surah YASSIN setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan berkenaan. Baca juga surah AL-FATIHAH sebanyak (1x), surah AL-IKHLAS (3x), selawat ke atas NABI (7x), ayat KURSI (1x)--tetapi ayat terakhir bacalah sebanyak (7x).
Okay ni lah rumah yg aku bakal diami. Tak besar , tp alhamdulillah. Ada juga tempat berteduh.
Btw, thanks for my love fiancee sbb sudi bertunkus lumus mencari kemudahan kepada sy. InsyaAllah saya akan bekerja dengan sebaik mungkin.
Doakan kami yer.."jiwang pula".
Thanks :D
Love, FA♥

No comments :
Post a Comment