Assalamualaikum♡♡
Sebelum panjang lebar aku berceloteh, aku ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi. Alhamdulillah, hari ini cukup sebulan aku menjadi tunangan orang. Menjadi tunang kepada Muhammad Ashri bin Malek. Terima kasih ya Allah >.<
23.March.2013
Aku jadi tunang kepada si teruna hati. Aku tak ada post pun kat blog sebab masa tak mengizinkan. Hihihi. InsyaAllah, akhir celoteh aku, akan kasi tonton sikit gambar kami pada majlis pertunang kami. Wahahaha !!!
Seriously, aku tak pernah sangka aku akan bertunang pada usia 21 tahun. Ya, memang aku ada berangan dulu. Sebelum aku sambung degree, aku nak bertunang then habis study atau tengah study nak kahwin. Tapi masa aku berangan tu, aku tak ada couple pun. Tapi tiba-tiba si teruna hati ni hadir dalam hidup aku. Alhamdulillah. Kami kenal tak lama pun, terus tunang. Kami nak bercinta selepas nikah, insyaAllah.
Betul cakap orang tua-tua. Dalam hubungan pertunangan, macam-macam dugaan dan ujian yang akan muncul. Kadang-kadang, perasaan kita sendiri dugaan nya taw. Kita sendiri sebenarnya dugaan. Tapi kalau kita kuat dan sabar, InsyaAllah akhirnya indah. Aku cuba untuk bersabar dalam setiap ujian dari Nya. Kami ikat 2 tahun hidup, InsyaAllah kalau ada rezeki masa nya akan dipercepatkan. Hihihi
Hari ni, 23.April.2013. so lagi 1 tahun 11 bulan :) Hope perasaan sayang kami akan berpanjang sampai akhir hayat. InsyaAllah. Kami bersama hanya kerana Allah :)
Disaat jari manisku disarung cincin >.<

w/ Mak & Abah. Him parent :)

w/ Ibu & Ayah. My parent :)

Kami <3 <3 <3
Love, FA♥

No comments :
Post a Comment