Sunday, 17 February 2013

Surat Dari Hati

Assalamualaikum♡♡

Surat dari hati..
Dari hati insan yang bergelar manusia dan hamba Allah. Biar hanya admine yang tahu.
Bukan untuk menarik simpati mahupun tarikan, tetapi sekadar berkongsi
Ini ceritanya..

Surat dari hati,
Hati manusia cepat berubah. Sekejap okey, dan sekejap merana.
Hati manusia cepat tewas dengan godaan.
Hati juga cepat merasa ketidakpuasan.

Hati bila dah berkasih sayang, maka wujudnya pelbagai perasaan.
Bila dua hati berjauhan, maka akan hadirnya fikiran negatif yang melebihi positif.
Hanya kekuatan diri sendiri menguasai hati ini.

Aku sedar,
Aku dengan dia berjauhan atas urusan kerjaya.
Kerjaya yang akan membantu kami untuk melalui masa hadapan bersama.
Alhamdulilah, aku bersyukur.

Surat dari hati,
Kenapa wujudnya pelbagai perasaan dan fikiran negatif terhadap dia?
Aku percayakan dia dan aku tahu dia seorang yang setia.
Tapi kenapa hati dan perasaan aku cepat memberontak?
Maafkan aku hati

Hati aku tak kuat bila berjauhan.
Hati aku tak kuat bila selalu rindu.
Tapi aku cuba.
Ye, aku cuba semua ini hanya untuk hubungan aku dengan dia!
Aku akan pastikan hati aku tak tersentuh bila dia busy dengan kerjaya.

Surat dari hati,
Terima kasih wujudkan dia dalam hidup aku.
Dia seorang yang memahami, setia dan semuanya.
Aku harap dia kekalkan atitude dia.
Ya Allah, permudahkanlah perancangan kami.
Kami mengharap keredhaanmu .
InsyaAllah :)


Love,FA♥

No comments :