Tuesday, 18 December 2012

Ke Hadapan duapuluhtahun FarahAnati

Asslamualaikum♡♡

Ke hadapan duapuluhtahun FarahAnati .

Ingat !! Kau sudah dewasa
Dewasa kau sekarang berada pada angka dua puluh
Kau perlu berubah ke arah dewasa
Bukan hanya tingkah laku, tetapi juga pada fikiran .

Kau semakin dewasa Farah,
Biarpun terlambat daripada orang lain,
Tapi ingat, kau sama dengan mereka .
Mungkin mereka cepat dewasa berdasarkan angka,
Tetapi kau masih boleh kejar mereka melalui kedewasaan pemikiran kau .

Ke hadapan duapuluhtahun FarahAnati,

Kini kau sudah dewasa .
Maka semakin banyak tanggungjawab yang perlu kau pikul,
Semakin banyak cita-cita dan impian yang kau harus kejar walaupun setinggi Gunung Averast
Tetapi ingat,
Walaupun semakin dewasanya kau,
Berpijaklah pada bumi yang satu .
Sembahlah Tuhan yang satu .
Berpeganglah pada ajaran yang satu
Agar kau tidak bongkak meninggi mengalahkan Puncak Himalaya .

Kau selalu di himpit kekesalan, kekalahan dan kegagalan .
Tapi kau harus sentiasa ingat,
Semua itu adalah hanya sedikit ujian yang Allah turunkan .
Maka janganlah kau sesekali mengalah .
Malah kau harus bangkit bila ditolak .
Kau harus kuat bila digoyah .
Kerana semua itu adalah percaturan hidup .

Ke hadapan duapuluhtahun FarahAnati,

Dengan kudrat yang semakin tua,
IQ yang semakin lemah,
Moga kau masih diberi peluang untuk mengejar cita-cita dan impian kau,
Semoga kau masih bisa beri bahagia kepada manusia .
Dan semoga kau sentiasa sujud pada yang Esa .

InsyaAllah suatu hari kau akan jadi isteri kepada si kacak itu .
Menjadi ibu kepada si comel itu .
Menjadi menantu kepada orang nogori itu .
Menjadi insan yang penting dalam hidup manusia itu .
Maka kau harus lebih kuat mengharungi hidup ini .
Jika kau lalai, maka kau hilang segalanya .
Kau harus berubah ke arah dewasa dan kearah kebaikkan .
InsyaAllah, satu percaturan yang telah tertulis akan disempurnakan .

Kerana Aku adalah roh yang telah berjanji dengan Tuhan
Untuk ada dengan kau
Sehingga aku terpisah dengan kau,
Sehingga roh meninggalkan jasad manusia untuk selamanya
Yang namanya akan tercalit di batu nisan sebagai
"NURUL FARAH ANATI BINTI JAHARUDDIN"

Selamat DuapuluhTahun FarahAnati
Selamat Menjadi Dewasa,
Selamat Buka Buku Baru
Selamat Terus Sujud Pada Yang Satu

I Love My Self
I Love FarahAnati♥

No comments :