Assalamualaikum
Alhamdulilah kita masih diberi nafas untuk hidup, masih diberi kemudahan untuk menghadapi hidup di dunia ini . Pernah tak terfikir mereka yang hidup di Gaza, Palestin, Syria dan negara Islam lain yang hidup serba kekurangan dan ditindas oleh Zionis ? Bersyukurlah kita :D
::Sedikit luahan di hati ini . Mohon baca ::
Merah darah Gaza
Mengalir tanpa ihsan insani
Meragut bebas menyubur duka
Dan kini,
Islam berduka lagi
Kita bahagia di sini
Mereka terseksa di sana
Beza adalah dua jiwa
Kita terlena, mereka "berdiri"
Semangat juang mereka kental
Redha dan syahid matlamat awal
Kita lesu dengan material
Berhala baru jadikan khayal
Mereka berjuang penuh mara
Hingga jasad berpisah nyawa
Darah merah pekat membasahi bumi lahir mereka
Demi menjaga istimewa agama yang dinaung
Memelihara tanah tempat kiblat yang agung
Simbol kekuatan Islam yang dijunjung
Kita kaku
Sorak sorai mendoakan
Menghantar bantuan
Tiba-tiba jadi prihatin
Membantu dan terus membantu
Namun jiwa kosong dengan perjuangan
Kita rakus membadai akhbar dengan tulisan makian
Kita ralit berkongsi kebencian dalam dinding ratapan
Kita sibuk cerita perihal mereka di sana yang ketakutan
Namun kita masih bukan seperti mana yang diharapkan
Mungkin sudah sampai seru
Kita perlu menjadi satu
Berhimpun atas nama Tuhan yang satu
Berpadu menjadi umat yang bersatu
Tinggalkan rasa sangsi
Jauhkan hasad dan dengki
Hindarkan sifat benci menbenci
Buangkan dendam yang tersemat di hati
Moga Tuhan tunjukkan jalan hakiki
Usah lena dalam buaian angan
Jangan tidur dalam kelenaan
Sedangkan ratapan saudara kita masih kedengaran
Berpadulah kita atas satu kalimah yang sama
Nyahkan jiwa kotor yang mempalit dada
Kelak kemenagan milik kita akhirnya
Yakinlah, janji Tuhan itu untuk kita !!!
Bangkitlah wahai Islam . Semua yang Allah hantarkan kepada kita sama ada yang baik atau yang buruk adalah kerana Dia ingin menguji . Allah menguji kerana Dia sayangkan kita :D

No comments :
Post a Comment