Assalamualaikum♡♡
Semua akan teruja bila melihat berbicara soal "KECANTIKAN". Tak kira lah lelaki ke perempuan. Jangn tunding jari dekat sesiapa. HEHEHE. Okey nak share sikit pasal kecantikan yang digunakan oleh mereka-mereka dari pelbagai belahan dunia. Siapa tahu ini boleh bagi jawapan bagi masalah kulit kamu :D
Hopefully, awak-awak semua berjaya mencuba semua ini. Langkah keselamatan, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mencuba :D
Love, FA♥
Semua akan teruja bila melihat berbicara soal "KECANTIKAN". Tak kira lah lelaki ke perempuan. Jangn tunding jari dekat sesiapa. HEHEHE. Okey nak share sikit pasal kecantikan yang digunakan oleh mereka-mereka dari pelbagai belahan dunia. Siapa tahu ini boleh bagi jawapan bagi masalah kulit kamu :D
- Jepun
Shalini Vadhera, seorang pakar kecantikan. Camellia nut oil atau dikenalai sebagai seed oil digunakan oleh gadis Jepun sebagai antioksidan. Minyak ini juga berguna untuk melembut dan melembapkan kulit, memgubati kulit yang terbakar dek sinar matahari, mencegah terbentuknya parut serta menguatkan kuku.
- Yunani
Negara yang terkenal dengan pelbagai mitologinya termasuk mitologi kecantikan. Mereka menggunakan jeruk untuk menyegarkan kulit. Bukan itu sahaja, sari pati dari jeruk juga dapat membunuh bakteria yang menjadi penyebab berlakunya jerawat.
- Mesir
Ratu Cleopatra gemar menggunakan susu dan madu untuk kecantikan pada wajahnya. Dia juga sering mandi air laut garam dan lumpur laut mati. Ratu Mesir ini percaya bahawa bahan-bahan itu dapat menjadikan kulitnya bersih dan licin serta wajahnya kekal cantik dan bersinar.
- Russia
Gadis Russia menggunakan kopi untuk digosokan ke kulit mereka. Ia mampu menghilangkan bau badan serta menjadikan rona kulit cerah serta bersinar.
- Inggeris
Hampas dari teh dipercayai boleh menghilangkan lingkaran hitam pada mata.
- India
Gadis India menggunakan kunyit dalam kecantikan. Rempah berwarna kuning ini juga berguna sebagai antiseptik yang mengandungi antiinflamatori. Malah, pengantin India juga sudah terbiasa untuk menggunakan campuran kunyit dan tepung buncis pada kulit mereka sebelum hari pernikahan. Campuran ini ternyata baik untuk kulit. Kunyit melengkapi khasiat pembunuh kuman manakala tepung buncis pula menyingkirkan sel-sel kulit mati serta menjaga kelembapan kulit.
Love, FA♥
No comments :
Post a Comment