Assalamualaikum
"Kerana Aku Juga Seorang Wanita" . Ape macam ? Ada best tak ? HAHA . Actualy aku post tajuk ini sebab aku nak post semua ayat-ayat manis berkenaan wanita . (mungkin korang juga pernah baca kan) . Kepada kaum Adam, mengertilah hati dan perasan seorang wanita . :D
#Perempuan mudah jatuh hati, mudah memberi peluang, mudah menitiskan air mata dan mudah memberi hati . Wahai lelaki, jagalah gadismu dengan sempurna .
#Hanya kerana saya tak mampu untuk melupakan awak, bukan bermakna saya mudah untuk menerima awak kembali .
#Wanita sukar untuk jumpa benda yang dia benci tentang lelaki yang paling dia sayang . (Sebab itu ramai wanita sangat patah hati bila suatu hubungan itu putus di tengah jalan)
#Apabila seorang lelaki yang dia suka dan cinta, senyum dan merenung jauh ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat .
#Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak adalah yang pendiam apabila ada masalah dan banyak menangis dalam diam .
#Perempuan tak suka kalau couple tapi macam tak couple .
# Saat-saat wanita itu berkata "saya okey je ni", namun di dalam hatinya dia berharap agar lelaki yang dia sayang mengatakan "saya tahu awak tak okey" .
#Wanita menangis bukan bererti mereka lemah tetapi mereka sangat kuat kerana mampu menahan sakit begitu lama .
#Sesibuk apa pun wanita dia tak kan pernah lupa memikirkan orang yang dia sayangi .
#Bila seseorang itu termenung lalu menitiskan air matanya, itu bermakna dia tengah merindui seseorang yang dia sayang .
#Gadis yang kuat adalah seseorang yang menangis pada waktu tidur mengenangkan pelbagai masalah dan bangun dengan senyuman pada wajah mereka .
#Jangan pernah menyentuh hidup seseorang wanita jika itu hanya akan menghancurkan perasaannya .
#Jangan gurau sebarangan dengan hati wanita . Mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik . "Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik" .
# Wanita itu unik . Kamu mampu melihatnya tersenyum sepanjang hari tanpa mengetahui dia menangis sepanjang malam .
#Seorang wanita sanggup menyembunyikan rasa cinta bertahun-tahun, tapi seorang wanita tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walau sesaat .
#Perempuan kalau replay "okey" maknanya dia merajuk . Tapi kalau lelaki replay "okey" tu maknanya dia malas nak layan .
#Bila perempuan kasar, dia bukan nak berkasar . Tapi dia nak lihat sejauh mana lelaki mampu sabar dengan dia . Percayalah, hati perempuan sangat lembut .
#Tiga (3) perkataan yang ditunggu-tunggu oleh wanita, bukan "I LOVE YOU" atau "I MISS YOU" . Tapi "AKU TERIMA NIKAHNYA" .
#Selalunya perempuan suka katakan dia mahu menyendiri, tapi percayalah dia sebenarnya memerlukan seseorang untuk menenagkan hatinya .
#Ya Allah, Seandainya telah engkau tuliskan Dia miliku dan terlahir untukku, Dekatkanlah dan satukanlah hatinya dan hatiku . Berikan kebahagiaan dalam hati kami . Agar kesetiaan itu abadi . Amin .
Kepada semua kaum adam termasuk AWAK sekali, Fahamilah hati wanita . Jangan pernah menyakiti hati mereka . Mereka tak mengharap menjadi yang pertama dalam hidup awak, tapi mereka nak jadi yang terakhir . :D
Love, FA

No comments :
Post a Comment