Assalamualaikum
"Tuhan, izinkan aku jatuh cinta lagi pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Karena hatiku cuma satu, hanya kepada dia yang halal buatku."
Inilah doa yang aku selalu baca bagi menemui tulang rusuk aku . Bagi menyempurnakan hidup aku . Bagi melengkapkan peneman di sisi aku .
Buat insan yang teristimewa . Aku tak mengharap kau sayang, rindu, kasih dekat aku macam yang kau buat dekat bekas girlfriend kau . Sedikit ada lah . heheh . Tapi aku mengharap sangat-sangat kau jadikan aku sebagai pelengkap hidup kau . Aku nak kau perlukan aku sebagai teman hidup kau . Aku mengharap sangat .
Aku tahu cinta tidak perlu dipaksa, dan tak boleh dipaksa . Aku tak paksa kau . Tapi aku mengharap kau menjadi terakhir dalam hidup aku . Ye memang kita tak perlu terlalu mengharap . Sebab takut hati kita sendiri terluka bila tak memperolehi apa yang di harapkan . Tetapi aku tak kuat membuat perasan mengharap ini . Walaupun ramai kaum adam yang aku jumpa tapi seorang pun tak terbuka hati aku untuk menerima mereka . Hati aku hanya untuk kau . Tapi aku redha sekiranya kau bukan jodoh aku . InsyaAllah, the our friendship until the jannah XD
Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.
Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.
Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.
Love,FA
Love,FA

No comments :
Post a Comment