Kehidupan umat manusia di dunia ini tidak pernah terlepas dengan ujian Allah . Pelbagai dugaan diturunkan kepada insan yang terpilih bagi menilai sejauh mana kekuatan iman seseorang . Islam menggalakkan umatnya untuk mengamalkan doa ketika menghadapi sebarang kesulitan .
Doa ini bermaksud,
"Sesungguhnya kamu milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepadanya . Ya Allah, berikanlah daku pahala dalam musibahku dan berilah pengganti yang lebih baik ."
(Hadis Riwayat Muslim)
Antara contoh musibah yang selalu menimpa manusia ialah kesakitan, kematian orang yang disayangi dan sebagainya . Kita dilarang sama sekali untuk meratapi, tetapi sebaliknya kita perlu melunaskan adab-adab yang sesuai ketika berdepan dengan musibah .
See that ~>
Apabila masalah kamu melibatkan orang ketiga, maka sebaik-baiknya kamu perlu siasat terlebih dahulu kebenaran berita tersebut . Sifat manusia ada yang baik dan ada juga yang jahat . Kamu jangan mudah tertipu dengan sebarang maklumat yang disampaikan tanpa kamu melihat sendiri pekara tersebut .
Kita perlu beristghfar kepada Allah dengan mengucapkan "Innalillahi wainanalaihi raji un" . Ayat pertama yang keluar dari mulut kamu ini mampu membuatkan kamu berasa tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima .
Jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang sangat berat . Fikiran kamu perlu sentiasa positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya . Tanpa dugaan, hidup kamu tidak akan mencabar dan kurang pengalaman hidup .
Memang dugaan yang diterima agak berat,tetapi kesebaran dan ketabahan itu adalah kunci kamu untuk berjaya . Apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri kamu, pasti kamu tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila kamu di timpa musibah .
Kamu perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan . Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya . Apabila kamu menerima takdir Allah, dengan izin-Nya kamu akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda . Jika bertuah, kamu mugkin akan manerima berita kegembiraan selepas itu .
Hope dengan panduan yang telah diberikan ini, dapat menolong kamu dalam menghadapi masalah okey . & Hope masalah kamu semua dapat diselesaikan .
Happy your life !! XD
Love,FA
No comments :
Post a Comment