Thursday, 15 March 2012

Rasa Kesyukuran

Assalamualaikum♥♥

Ada pekara yang paling mudah di dunia ini ?
MENGELUh ! Pastinya itu jawapan kamu .
Tanpa di minta sekalipun, kamu dengan mudah memberikan 1001 jawapan apa yang kamu keluhkan dalam hidup ini .
Peliknya apabila diminta untuk bersyukur, kamu begitu sukar untuk menyatakannya .
Percayalah sebenarnya hidup begitu indah dan kamu saja yang menafikannya .
OLEH itu, apa kata kamu mula mengajar diri untuk bersyukur .
Bagi membuka mata, telinga DAN hati kamu, ada beberapa sebab mengapa kamu harus bersyukur =D


1. Masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim paitu ATAUPUN terbiar tanpa arah tuju .

2. Sihat DAN tidak perlu bayar untuk bernafas . Semuanya PERCUMA !!

3. Tidak perlu tidur beralaskan bumi DAN berlangitkan bintang .

4. Masih boleh mendengar muzik, mecium bau makanan yang sedap-sedap DAN bergosip sampai puas .

5. Mempunyai kawan untuk di ajak makan bersama, ada kawan untuk di hubungi ketika kamu bosan DAN ada kawan untuk di ajak berjalanjalan di hujung minggu .

6. Berkesempatan untuk bersekolah . Biarpun penat mengulangkaji pelajaran DAN menghadapi pelbagai peperiksaan , namun percayalah ramai orang yang mengimpikan untuk berada di tempat kamu hari ini .

7. Kamu masih mampu ketawa .

8. Menangis saat melihat sesuatu yang mengarukan biarpun tidak ada apa-apa hubungan dengan kamu . Ini bermakna kamu masih manusia yang mempunyai perasaan .

9. Masih berkesempatan DAN mampu membeli hadiah .

10. Ingin melihat filem cuma pergi saja menonton di pawagam . Nasib kamu baik sangat, bukan ?

11. Kamu boleh membaca DAN bayangkan berapa banyak pekara DAN ilmu yang akan dapat perolehi dari membaca .

12. Kamu mudah saja jika ingin makan makanan Jepun, China, Itali ATAU apa saja, cuma perlu pergi ke restoran berdekatan . Thanks to global trade .

13. Hidup di Negara bebas tanpa perang .

14. Mempunyai teknologi-teknologi canggih yang membuatkan hidup menjadi bertambah mudah .

15. Mempunyai bakat tertentu , kerana tidak semua orang mampu melakukan apa yang kamu mahu .

16. Bebas untuk memakai apa saja mengikut cita rasa DAN keinginan kamu .

17. Di dunia ini tidak akan ada orang yang boleh menyerupai kita . Sekiranya kamu kembar sekalipun, pasti ada bezanya . Jadi bersyukurlah dilahirkan unik DAN tiada duanya .

18. Setiap kali kamu mempunyai kesempatan melancong ke tempat orang, manfaatkanlah sebaik-baiknya . Bukan semua orang boleh dapat apa yang kamu dapat .

19. Kamu mampu membuat orang lain ketawa, rasanya tidak akan ada pekara yang lebih baik daripada itu .

20. Kamu masih mampu hidup ke hari ini DAN alasan ini sudah semestinya kuat untuk membuat untuk kamu bersyukur.



So bersyukurlah selagi diberi kesempatan untuk bersyukur
Sekiranya anda mempunyai tambahan lain, sila tambahkan.

Love,FA♥

No comments :